Elena Marzuien menahan rasa marah di dada, berani lelaki itu mencium dirinya tanpa rela.
"Lelaki sial! Berani kau cium aku? Huh! Dasar tak guna"
Tubuhnya dihempas kan di atas sofa di ruang tamu, memang semuanya adalah rencananya. Dari awal apa yang berlaku memang dia yang rancang.
Tapi perkara itu telah pun berlalu, kini bukan seronok yang dia rasakan tapi beban!.
"Macam mana aku boleh terima game ni? Sedangkan aku tak perlukan pun duit tu! Eeyyyy.... Why?!!!" Terjerit kecil dia kerana geram.
Wajahnya yang comel bertukar garang mengingatkan apa yang jadi.
Memang dia serahkan dirinya pada lelaki itu, tapi bukan begini, niat sebenarnya cuma ingin membuat lelaki itu lemah lalu menangkap gambar mereka berdua sebagai bukti tapi tanpa di sangka dia juga hanyut dalam belaian lelaki itu.
Sesungguhnya malam itu, dia yang dipandu oleh Ridzuwan sepenuhnya.
"Aku hairan, ubat tu tak berkesan ke?"
"Tapi.....tak dimungkiri layanan nya yang sempurna.." Elena mengemam bibirnya seraya mengangguk.
Teringat dia yang terbuai dengan sentuhan dan gerakan mencandukan dari lelaki itu, sungguh ketika itu menyerahkan dengan rela.
"Aku dah tak patut jumpa dia, antara dia dengan aku dah berakhir! Pertemuan ni sekadar sebagai satu permainan bukan kebetulan."
Telefon jenama iPhone di ambil dari beg tangannya, nombor yang sudah disekat itu direnung. Simbol 'unbolck' juga dilihat.
"Pesona lelaki orang memang berbeza ya?"
"Tapi aku tak perlu hadir diantara dia dengan isteri dia!"
Telefon tadi ingin diletakkan di atas meja tiba-tiba hampir terjatuh tapi sempat di sambut oleh Elena yang kelam kabut menyambut kembali.
"Ish! Duduk je lah elok-elok atas tu!"
Setelah meletakkan kembali dia bangun lalu menuju dapur, tanpa dia sedari nombor tadi telah di nyah aktifkan tanpa sengaja.
Takdir bukan.
Malam berlalu dengan tenang, Elena membaringkan tubuhnya di atas katil, hari ini dia tidak mahu menyentuh apa-apa yang berkaitan dengan kerjanya, dia malas.
Saluran televisyen yang terbuka dialih tanpa minat.
Kerana bosan dia mengambil telefonnya lalu membelek-belek nya dengan santai.
Tin.
Tin.
Tin.
'Jangan ingat kau kaya kau boleh buat sesuka hati kau!'
'jawab perempuan gila'
'kau ingat kau block aku, aku tak boleh cari kau!'
'eeeyyyy....sakitnya hati aku dengan kau!'
'kau buat aku gila'
'kenapa otak aku asyik ingat kau!'
'tak, tubuh kau tak menarik pun!'
'tapi kenapa aku asyik ingat kau?'
Elena Marzuien tergelak kecil membaca semua mesej yang baru masuk ke dalam telefonnya memandangkan dia baru on datanya.
"Ehh, bila masa aku unblock dia?"
Pelik!.
"Tapi kenapa dia hantar mesej macam ni?"
YOU ARE READING
[C] | Dia Ambil Hatiku |
RomanceKerana satu pertaruhan Elena Marzuien terperangkap di dalam sebuah hubungan dengan suami orang, taruhan yang bernilai hampir setengah juta itu disahut dengan berani. "gila! taruhan memakan maruah diri!"- Elena Marzuien. "menang, kau dapat bahagian k...