Elena Marzuien betul-betul runsing ketika ini, kerjanya terbengkalai, fikirannya tertuju pada sosok tubuh Mu'amil Ridzuwan, lelaki itu tidak mahu pulang ke rumahnya.
"Macam mana aku nak buat dia balik? Tak kan aku nak halau dia? Kesian lah pula! Tapi isteri dia?"
Serabut betul otaknya.
Tiba-tiba dia teringat tentang Trisya.
Terus berlari dia dapatkan Trisya di bahagian pemasaran.
"Azie! Trisya ada?" Elena kalut, wajah merah kerana berlari.
"Ada! Dekat dalam!"
"Okey!"
Brak.
"Excuse me! can you knock the door first before entering?" Trisya memutar mata malas.
"Sorry! Urgent!" Elena membetulkan rambutnya yang sedikit kusut akibat lariannya tadi.
"Apa?"
"Kau ada tak orang yang boleh buat kerja?"
"Kerja? Maksud kau intip?"
"Ye!!!"
"Sabar! Jangan nak marah ehh!"
Elena putar mata sebelum menyandarkan tubuh.
"Ada! Kau nak bila?"
"Now! Send number dia dekat aku!"
"Okey!" Membelek telefon sebelum dia kembali meletakkan benda nipis itu.
"Kau nak intip siapa?"
"None your business!"
"Cis, berlagak!" Trisya Amalina malas berhadapan dengan wanita galak dihadapannya.
"Owh, by the way! Aku ada satu cerita lagi!"
"Aduh, kau jangan nak bergosip ehh"
"Relax lah!"
"Gosip apa?"
"Salene dah preggy!"
"Owh ya? Congratulations!"
"Kau tak jealous?"
"Nak jealous buat apa?"
"Dia menang?"
"Excuse me! Kami seri!"
"Hahahha....ye lah aku lupa!" Trisya ketawa lepas.
"Dah aku ada banyak kerja, kau boleh pergi balik office kau!"
"Eleh..." Elena melangkah keluar dari bilik Trisya.
Masuk ke dalam biliknya tanpa membuang masa dia terus meminta jasa orang suruhan Trisya.
"Aku kena siasat dua-dua belah pihak!"
Pasti dan yakin.
Mu'amil Ridzuwan tersedar dari tidurnya, kiri kanan di cari sosok Elena namun, tiada.
Lihat jam di skrin telefonnya, baru dia tersedar sepenuhnya.
"Dia dah pergi kerja" gumam Ridzuwan.
Hari ini puas wanita itu pujuk dia supaya pulang ke rumah tetapi dia tetap tidak mahu.
Bukan apa, di sini terasa nyaman dan tenang.
Tidak percaya? Lihat, tidurnya juga begitu nyenyak tidak seperti hari-hari sebelum ini. Bau haruman dari setiap ruang juga membuatkan dia ingin terus berada disitu.
Kruk....
Dipandang perutnya yang berkotak. Lapar.
Perlahan dia bangun dari katil dan menapak ke dapur, tudung saji di atas meja dibuka.
YOU ARE READING
[C] | Dia Ambil Hatiku |
RomanceKerana satu pertaruhan Elena Marzuien terperangkap di dalam sebuah hubungan dengan suami orang, taruhan yang bernilai hampir setengah juta itu disahut dengan berani. "gila! taruhan memakan maruah diri!"- Elena Marzuien. "menang, kau dapat bahagian k...