Bab 39

2.9K 72 3
                                    

Mu'amil Ridzuwan naik turun mencari si isteri yang dari tadi tidak kelihatan, tadi dia balik isterinya masih ada di atas katil, bila dia keluar dari bilik air isterinya sudah lesap entah ke mana.

"Sayang?" Di dapur tiada, di ruang tamu pun tak ada, dah tu di mana lagi?.

Haa! Bilik bacaan.

Menapak naik kembali, bilik bacaan dibahagian paling belakang jadi tujuan.

Buka sahaja pintu, sosok Elena yang terlelap di kerusi meja kerja menarik perhatiannya.

Dengan terlentok kepalanya, lidah yang terkeluar sedikit, serta dengkuran halus menandakan si empunya badan sudah berada di alam mimpi.

Tidak sampai hati ingin kejutkan, dia gendong tubuh berisi Elena masuk ke bilik.
Letakkan tubuh itu ke atas tilam perlahan-lahan, dia tarik selimut ke paras dada Elena.

Wajah pucat dan sembap Elena ditilik.

'awak sakit ke sayang?'

'hari ni awak lain sangat....'

'macam mana saya nak cerita dekat awak tentang Aira?'

Niat hati ingin bawa si isteri jalan-jalan malam ini, bersungguh sungguh dia tipu Aira untuk dapat peluang ini tapi nampaknya dia kena fikirkan alasan kelentong baru untuk buatkan dua beranak itu percaya padanya.

Dicium wajah itu, sehingga entah bila dia juga terlelap di sisi Elena dengan menjadikan Elena sebagai bantal peluknya.

Dia terjaga bila terdengar suara orang sedang muntah dalam bilik air. Terkebil-kebil dia mencari nyawa, bila separuh kesedaran mula menguasai barulah dia turun dari katil menuju ke bilik air.

"Sayang?....." Pintu bilik air diketuk bertalu-talu.

Masih kedengaran bunyi seseorang meluahkan isi perutnya. Sekali lagi mata cuba meninjau ke arah katil, ingin pastikan  sama ada betul atau tidak di dalam bilik air itu adalah Elena Marzuien.

Beberapa minit kemudian, barulah pintu terkuak dari dalam.

Wajah pucat dan mata merah Elena menyapa matanya, automatik hatinya mula gelisah.

"Sayang....Okey tak ni? Pucat je muka tu....." Baru hendak dicapai jemari Elena, wanita itu terlebih dahulu berlalu naik ke katil dan baring kan tubuh yang terasa lemah.

Ridzuwan yang ekori dia dari belakang tidak di hiraukan.

"Sayang.....dengar tak Bie panggil ni...." Bila begitu barulah Elena pandang wajah Ridzuwan dengan tatapan sayu.

"Kenapa?" Malas bertekak walaupun hatinya meronta ingin belasah lelaki di hadapannya.

"Sayang Okey tak? Tak Okey kita pergi hospital?"

Bila dengar perkataan hospital dikeluarkan terus teringat penipuan suaminya selama ini padanya.

"Okey! Saya Okey...." Mendayu sahaja jawapannya.

Tidak mahu mengenangkan penipuan lelaki itu, dia tarik selimut dan terus memejamkan mata, ada butiran mutiara yang mengalir disudut matanya.

Mu'amil Ridzuwan yang lihat mengerutkan dahi, perlahan tangan naik seka butiran jernih itu.

"Sakit sangat ke sayang...jangan buat Bie risau.... Bie takut....." Bertambah lebat butiran itu keluar, laju Elena pusing tubuh tidak mahu suaminya terus menyalahkan diri.

'ini balasan aku, aku kena terima'

Kerana rasa kantuk yang melampau, Elena terus terbuai dalam mimpi bila tangan besar Ridzuwan terus menepuk-nepuk pinggulnya untuk dia bertenang.

[C] | Dia Ambil Hatiku |Where stories live. Discover now