'nanti balik rumah sana dulu! Ambil baju bie bawa datang sini, Ele nak basuh!'
Ridzuwan senyum membaca mesej itu, rasa sangat beruntung dia dapat wanita sehebat Elena Marzuien.
'okey, bie balik awal ambil baju lepas tu tengah hari tu bie pergi ambil sayang ya? Kita lunch sekali Okey?'
'nak balik rumah terus ke? Ke nak Ele masak?'
'tak payah lah, bie beli nanti'
'okey bie!'
Sesudah menyiapkan tugas, Mu'amil Ridzuwan keluar dari pejabatnya, meminta izin dan terus keluar menuju ke rumahnya.
Sampai sahaja di hadapan rumah, kereta milik Aira Amisya tidak kelihatan. Ridzuwan menarik nafas lega.
"Huft.... Alhamdulillah"
Tidak perlu lagi memerah otak untuk memberi alasan pada wanita itu nanti.
Tak mahu buang masa, dia keluar dari kereta dan masuk ke dalam rumah dengan kadar segera.
Kaki dibawa ke ruang cucian, baju kotor yang masih menimbun di dalam sebuah bakul jaring di capai.
Malas memikirkan masalah beg atau plastik terus diangkat bakul tadi dan menuju ke pintu utama.
Kasut yang tidak dibuka memudahkan dia keluar terus dari rumah, kunci pintu lantas masuk ke dalam perut kereta.
Pintu rumah Elena di buka dari luar, tersembul wajah Ridzuwan yang membawa bakul baju yang hampir menutup wajahnya, mata meliar mencari kelibat Elena.
"Sayang?" Panggil Ridzuwan meneliti setiap penjuru.
Dahi berkedut tanda pelik.
"Tak balik lagi ke?" Baru kaki ingin menolak pintu, seseorang muncul di belakangnya.
"Bie!" Toleh belakang senyuman Ridzuwan meleret.
"Ingat dah balik dah!"
"Sorry, banyak kerja tadi!" Elena melangkah masuk beriringan dengan Ridzuwan.
"Ni baju bie ke?" Bakul baju tadi dipandang.
"Ya!"
"Banyaknya?" Seperti seorang kanak-kanak yang baru petah bercakap, Elena gayanya.
"Banyak......!!!" Sahut Ridzuwan juga mengusik buah hatinya.
Elena tersengih menampakkan garisan giginya yang putih.
"Nak makan tak?" Plastik makanan yang tergantung pada tangannya ditayang.
"Ya Allah! Tumpah nanti bie! Meh, Ele bawa pergi dapur" capai plastik yang dihulurkan dia terus ke dapur.
Ridzuwan juga turut ke dapur dan meletakkan bakul tadi.
Lima minit kemudian, makanan siap terhidang.
"Jom makan bie! Nanti bie kena pergi kerja pula! Hari ni Ele balik lambat sikit tau" sambil cedokan lauk ke pinggan Ridzuwan.
"Balik lambat? Kenapa?"
"Hari ni ada pertemuan dengan investors dari Thailand!" Elena suap nasi ke mulut.
Rambut yang terurai diselak ke belakang oleh Ridzuwan.
"Pukul berapa balik?" Mata masih menatap Elena yang sibuk memasukkan nasi ke dalam mulut.
Elena guna tangan bukan sudu! Unik! Tak pernah jumpa wanita kaya yang begini.
Elena Marzuien boleh dikatakan kaya atau jutawan bahkan Dato' Sri sekali pun kerana dia seorang pereka pelbagai jenama, dari beg tangan, pakaian dan jam tangan.
YOU ARE READING
[C] | Dia Ambil Hatiku |
RomanceKerana satu pertaruhan Elena Marzuien terperangkap di dalam sebuah hubungan dengan suami orang, taruhan yang bernilai hampir setengah juta itu disahut dengan berani. "gila! taruhan memakan maruah diri!"- Elena Marzuien. "menang, kau dapat bahagian k...