Bab 19

3.3K 80 2
                                    

Mak long Lijah tampak tidak puas hati dengan semua keterangan Ridzuwan, mata mencerlung menatap lelaki yang santai sahaja, betul-betul santai menghadapi puluhan keluarga besar mereka.

"Jadi sekarang kamu nak lepas tangan je? Sedangkan kami tengok dengan mata kepala sendiri yang kamu berdua-duaan dalam bilik tu dengan Hara?" Mak long lancang mengeluarkan pelurunya.

"Ingat Ridz! Mak long tak fitnah kamu! Sebab apa? Sebab yang tangkap kamu dengan Yuhara bukan Mak long seorang tapi ramai bahkan, dengan isteri kamu juga!"  Wajah Aira ditunjuk.

Mu'amil Ridzuwan jatuhkan pandangan pada Aira Amisya yang hanya diam tidak membela dirinya seperti yang di katakan sebelum ini.

Senyuman sinis muncul di bibir.

'you win Elena'

"Ridz tahu tak akan ada seorang pun yang percaya dengan apa yang Ridz katakan!" Wajah Aira yang terkedu dipandang sekilas.

Wajah rasa bersalah.

"Dan tak semua orang percayakan Ridz dan Ridz dah tak tahu nak buat macam mana lagi untuk selesaikan semua ni jadi, Ridz serahkan pada Mak long untuk selesaikan masalah ni!"

Aira mengemam bibir menanti tutur bicara yang akan dilontarkan oleh wanita tua itu.

"Baik! Mak long pun tak nak semua ini berterusan dan kita dicanang satu kampung" wanita tua itu menghela nafas seakan berat untuk mengatakannya.

Pandang wajah Aira Amisya.

"Maafkan mak long Aira! Mak long tak nak kita bermasam muka jadi mak long nak Ridz bertanggungjawab atas apa yang dia dah lakukan!"

Semua diam sementara Aira seakan dapat baca pemikiran Mak long Lijah, tersekat-sekat nafas dilanda debar.

"Mak long nak Ridz kahwin dengan Yuhara!"

Duar!.

Aira Amisya menbuntang, wajah Mu'amil Ridzuwan yang menunduk dicari, memohon agar lelaki itu menolak dengan baik.

Lama Ridzuwan diam sebelum akhirnya dia mengangkat wajah dan bertemu empat mata dengan Aira yang mencari simpati.

'Elena.....' keluhan berat dilepaskan.

"Baik! Ridz akan kahwin dengan Yuhara!"

Tercengang Aira Amisya, tubuhnya kaku Puan Aminah di sebelahnya memeluk erat tubuh yang kaku itu untuk menyalurkan kekuatan.

"Aira......" Seru Puan Aminah sendu.

"Kalau itu yang mampu buat semua orang tak bermasam muka dan dicanang! Ridz akan bertanggungjawab!"

Terbit satu senyum pada wajah Yuhara yang dari tadi hanya menjadi pendengar, manakala Mak long menarik nafas lega, di kerling sekilas Aira yang membatu.

'maaf Aira! Kamu juga yang nak jadi macam ni!'

Mu'amil Ridzuwan tidak pandang langsung wajah Aira, dia tahu wanita itu mesti terluka dengan keputusannya, tetapi ini yang dia ingin kan selama ini jadi dia hanya membawa watak ke dalam impian Aira.

Rakaman percakapan tadi di hantar pada Elena yang menunggu.

"Jadi bila Ridz nak hantar meminang?"

"Tiada peminangan! Semua ni berlaku dalam sekelip mata, nanti keluarga Ridz akan datang untuk bincang tarikh nikah dan kami akan terus bernikah! Lepas tu Yuhara akan ikut Ridz balik KL!"

Ada rasa geram dengan Ridzuwan tapi Mak long Lijah merendam rasa dulu, sekarang dia harus fokus menyatukan mereka dahulu barulah dia akan bertindak.

"Baiklah! Kalau kamu kata macam tu, mak long tunggu!"

[C] | Dia Ambil Hatiku |Where stories live. Discover now