Tekan pedal minyak sekuat hati, Mu'amil Ridzuwan berhenti bila keretanya sampai di perkarangan rumah dia dengan Aira.
Nafas beralun alun menenangkan amarah yang melanda dirinya, pejam mata mencari kekuatan untuk berfikir ke mana perginya Elena selepas kejadian hari itu.
Seminggu dia berulang alik mencari Elena ke condo dan tempat kerja Elena semata-mata ingin menyakinkan wanita kesayangannya itu tetapi sia-sia bila kelibatnya langsung tidak dapat dijumpai.
"Mana awak pergi sayang, kenapa tinggalkan bie? Bie perlukan sayang.... bie perlukan kekuatan!" Esakan kecil kedengaran dari celah lengannya yang dijadikan alas kepala untuk melepaskan sesak di dada.
"Bie tak mampu penuhi permintaan awak sayang.... Bie tak mampu....!" Kepala kembali disandarkan pada stereng kereta.
Air mata juga menunjukkan diri di wajah sendu lelaki itu. Lama dia menangisi nasib dirinya. Kesat air mata, dia keluar dari perut kereta. Langkah terlihat longlai menuju pintu utama.
Buka pintu, wajah keluarga Aira menyapa indera matanya, begitu juga Puan Marleen dan Encik Rizdan, masing-masing saling pandang bila dia langsung tidak teruja dengan kedatangan mereka.
Namun, Mu'amil tidak peduli, hatinya kosong dia tidak mahu membahas apa-apa tentang pernikahannya dengan Yuhara mahupun cerita tentang dia yang menduakan Aira. Pemikirannya harus tenang sebelum emosi yang dia pendam itu terburai keluar.
Kaki terus menapak ingin masuk ke dalam bilik tetamu.
"Ridz...." Suara Aira Amisya menghentikan niatnya, otaknya kosong ketika ini, tiada langsung mood untuk menjawab.
"Abang tak nampak ibu abah ke? Mama papa?"
Suara Aira terus menerus menekan akal sihatnya, tak peduli, kaki dihayun kembali. Wajah kusut menghiasi dirinya, sesiapa sahaja yang melihat mesti merasakan dirinya kurang siuman.
Masuk sahaja ke dalam bilik, punggung dia labuh kan di birai katil, tangan meraup wajah berkali kali menghilangkan rasa sakit di hati.
Baru sahaja hatinya mula tenang, pintu ditolak kasar dari luar muncul wajah tak puas hati Aira Amisya.
"Abang ni kenapa? Mama papa tunggu abang dekat depan, abang boleh buat bodoh je!"
"Keluar!" Amaran pertama dikeluarkan.
"Sudah-sudahlah tu abang, sekarang ni bukan masa nak sedih bagai, dah buat salah mengaku sahaja! Sekarang ni mak long datang tuntut janji abang" walaupun hati sakit dengan apa yang suaminya lakukan, dia tak kisah sebab dia tak perlu bersaing dengan perempuan itu dah kerana Yuhara sudah cukup untuk buat perempuan itu rasa tercabar.
Yuhara perlu kahwin dengan Ridzuwan dan perempuan itu tidak akan ada ruang untuk dapatkan kasih sayang Ridzuwan.
"Cepatlah! Jangan buat orang tunggu lama-lama!" Aira kira-kira ingin melangkah tetapi lihat Ridzuwan yang hanya diam dia jadi geram.
"Cepatlah Ridz!!" Tengking Aira tak peduli wajah kusut suaminya.
Tadi lelaki itu menahan sabar untuk tidak terus melenting namun, kini amarah mula kembali membakar dirinya apabila isteri sendiri sudah tiada rasa hormat ada dirinya.
Bangun dari duduknya, tangan Aira yang bercekak pinggang di hadapannya di tarik kasar mengikuti langkah besarnya.
"Ridz....apa ni! Sakitlah! Lepas Ridz..." Jerit Aira terkejut dengan perlakuan kasar suaminya.
Brak!.
Dush!
Terjelepuk Aira Amisya di atas lantai mozek kerana tubuhnya di tolak kasar oleh Mu'amil Ridzuwan, seketika dia hilang diksi. Tercengang.
YOU ARE READING
[C] | Dia Ambil Hatiku |
RomanceKerana satu pertaruhan Elena Marzuien terperangkap di dalam sebuah hubungan dengan suami orang, taruhan yang bernilai hampir setengah juta itu disahut dengan berani. "gila! taruhan memakan maruah diri!"- Elena Marzuien. "menang, kau dapat bahagian k...