Elena Marzuien menunggu balasan mesej dari Ridzuwan, sudah hampir satu jam lelaki itu tiada tanda-tanda akan membaca atau membalas mesejnya sedangkan lelaki itu di dalam talian.
"Eeyy....sengaja lah tu tak nak balas!"
Elena membiarkan sahaja mesejnya tidak berbalas, bukan dia nak sangat lelaki itu balas mesejnya, sejak mengejar lelaki itu kerjanya satu pun tidak berjalan dengan baik.
"Lepas aku dapat kau, jangan harap kau dapat tengok muka aku dah! Eeyy.... menyampah!"
Kalau dia tidak mahu membalas mesejnya maka, dia perlu memikirkan cara untuk mendapatkan lelaki itu dengan segera.
"One month only!"
"Erghh ..... Aku kena cepat! Kalau tak Salene akan menang!"
Lama dia memikirkan cara sehingga ada sesuatu yang terlintas di fikirannya.
"Itu! Itu dia!" Elena tersenyum nakal.
**********
Mu'amil Ridzuwan termenung mengenangkan nasibnya yang tidak pernah beruntung.
Setiap bait-bait kata yang keluar dari mulut Aira Amisya menikam jauh ke lubuk hatinya.
Jika tidak disebabkan wanita itu adalah isterinya mungkin dendam sudah terkumpul di hati.
Terulang kembali detik di mana dia bersungguh-sungguh menggoda isterinya selepas pulang dari makan malam itu.
"Sayang....." Panggil Ridzuwan manja.
Setelah membersihkan diri dia berniat ingin menyuakan hasratnya yang sudah lama tertunggak.
"Tak nak! Aira letih"
"Tapi sayang....abang nak...."
"Abang, tolonglah faham saya! Saya penat tau tak? Lagipun saya tak larat nak mandi wajib! Esok saya kena pergi beli barang untuk bawa balik rumah mak long!"
"Aira, abang ni suami Aira! Patut Aira pentingkan abang dari mak long! Lagipun anak-anak mak long kan ada! Biarlah diorang yang buat! Kita tolong yang mana patut saja!" Muak.
"Abang apa tahu? Mak long tu dah banyak tolong Aira! Aira dah anggap mak long tu macam mak Aira sendiri!"
"Okey, abang faham, nanti abang tolong Aira pasal mak long tu tapi sekarang layan abang dulu! Dah lama sangat sayang tak layan abang... Abang rindu!" Ridzuwan mengalah dulu, dia merapat ke tubuh Aira.
Memeluk tubuh isterinya ingin melepaskan segala niat yang tertangguh tapi belum sempat semua itu berlaku, Aira terlebih dahulu bangun.
"Sayang....."
"Dah abang! Cukup! Aira dah cakap Aira penat! Tolong lah faham!" Meninggi intonasinya.
Tersentak Ridzuwan dengan suara nyaring tadi.
"Abang ni memang suka buat Aira marah ke? Hak abang! Hak abang! Habis tu aira ni tak ada hak ke nak membantah? Apa lagi yang Aira bersabar dengan abang? Apa??!!" Jerit Aira tak semena-mena.
"Aira...." Ridzuwan terkedu.
"Ya! Aira bersabar selama 11 tahun untuk timang anak! Setiap kali cuba pun tetap tak ada hasil! Jadi, apa gunanya bersama?" Aira menyoal dengan nada seakan mengejek.
Bahang mula terasa di segenap ruang.
Ridzuwan yang hanya mengenakan tuala mula berdiri kerana ego yang sudah terbakar dalam dirinya.
"Jadi Aira nak salahkan abang? Nak salahkan abang yang punca sampai sekarang Aira belum mengandung? Macam tu?"
Aira tidak mahu kalah, dia juga berdiri gagah.
YOU ARE READING
[C] | Dia Ambil Hatiku |
RomanceKerana satu pertaruhan Elena Marzuien terperangkap di dalam sebuah hubungan dengan suami orang, taruhan yang bernilai hampir setengah juta itu disahut dengan berani. "gila! taruhan memakan maruah diri!"- Elena Marzuien. "menang, kau dapat bahagian k...