Bab 13

6.6K 160 2
                                    

Elena Marzuien membawa langkah penatnya menuju sofa.

Dua hari berada di luar membuatkan tubuhnya sakit. Ajakan Trisya dan Salene serta rakan-rakan yang lain membuatkan dia tidak mampu menolak.

Daki gunung konon, rasanya dia yang didaki.

Kaki yang ketar diangkat ke atas sofa lalu diluruskan bersama rasa sakit yang amat.

"Sakitnya Ya Allah......erghhh....." Menggeliat menghilangkan sakit ototnya.

"Awal dan akhir!" Ucap Elena seraya memejamkan mata.

Entah bila dia terlena sehingga ada panggilan masuk.

Drett...

Separuh kesedarannya kembali, separuh lagi masih mamai.

"Hello!"

"Boleh masuk tak? Kaki I sakit!"

"I bagi password!"

"654123"

"Okeyh!"

Tak lama kemudian, kedengaran pintu dibuka dari luar. Derapan kaki makin hampir tapi Elena memilih menutupkan mata.

"Ele...." Lembut suara lelaki itu menyapa gegendang telinga.

Perlahan dia membuka mata.

Wajah tampan lelaki itu dipandang sunyi, sejuk hatinya.

"Hmmm...."

"Sakit?" Elena mengangguk.

"Sini! Saya urutkan!" Kaki Elena yang terjuntai diangkat ke atas riba.

Perlahan dia urut betis dan kaki Elena, lama tanpa sedar Elena Marzuien sudah berada di alam mimpi.

"Ele...." Panggil Ridzuwan perlahan.

Tidak berkutik.

Dia tersenyum sambil kaki milik Elena diletakkan di atas sofa dan dia berdiri membuka baju sejuk yang dia pakai lalu bertinggung di hadapan wanita itu.

Wajah yang pucat tanpa riasan itu ditatap penuh minat, rasa seperti melihat mama yang menyejukkan mata.

Pertama kali setelah sepuluh tahun lalu, tatapan yang sama dia pernah berikan kepada Aira Amisya.

Sayang, setelah sepuluh tahun semua itu tidak lagi berharga untuk Aira, yang ada hanya keseronokan wanita itu tunjukkan pada keluarganya.

Entah di mana silapnya mendidik isterinya sehingga alpa dengan kemewahan yang dia limpahkan pada wanita itu sehingga mampu mengaburi matanya.

Bertambah seronok apabila seluruh keluarganya memandang tinggi darjat dia hanya kerana harta.

Kepala di geleng.

Kini, jujur dia katakan hati dan pandangannya beralih arah pada wanita dihadapannya ini.

Mudahnya berubah arah?.

Semua kerana kesilapannya sendiri, jika ingin diundur seakan tidak mampu lagi, wanita di sana isterinya yang sah, di sini wanita yang perlu pertanggungjawaban dia.

Dua-dua wanita itu memainkan peranan dalam hidupnya.

Tapi dia juga tidak mahu memadukan mereka, jadi jalan apa yang harus dia turuti?.

Berpisah dengan Aira? Atau tinggal Elena?.

Perlahan tangan naik meraup wajah yang runsing. Dia perlukan petunjuk.

Dia tahu Elena juga tak nak tanggungjawab dari dia tapi dia lelaki dan dia bukan lelaki tak guna sehingga sanggup lepas tangan begitu sahaja.

Mahu atau tidak, Elena tak akan dapat lari darinya.

[C] | Dia Ambil Hatiku |Where stories live. Discover now