Bab 17

6.1K 144 8
                                    

Elena Marzuien memerhati setiap gerakan Mu'amil Ridzuwan dengan memeluk tubuhnya. Mata tajam menikam.

Perhatikan dari memakai pakaian sehingga memakai jam tangan hampir satu jam dia menunggu.

Lelaki itu sengaja melambatkan gerakannya. Malas-malas sahaja gayanya, tiada langsung senyuman.

"Ridz..."

Langsung tidak dipandang wajah Elena yang geram akan tindakannya.

"Nak balik ke tak nak?"

"TAK NAK!"

"Allah!" Elena mengeluh seraya melabuhkan punggung di bangku meja solek.

Masih kekal memeluk tubuh.

"I bukan tak nak you duduk sini, Ridz! Tapi I yakin banyak lagi masalah yang perlu you selesaikan! Lagipun you pun kena kerja kan? Tak kan you cuti sebulan? Tak kan?" Lembut Elena memujuk.

"Ridz....jangan jadi lelaki pengecut! You lelaki yang berani! I tahu! Baliklah, Aira mesti tunggu you! Mesti dia tunggu penjelasan dari you! I yakin!"

"Macam mana kalau berlaku lagi apa yang pernah berlaku sebelum ni? Awak ingat saya sanggup dengar dia menangis hanya sebab saya? Walaupun rasa sayang saya pada dia dah luntur tapi saya masih ingat dia pernah mengisi kekosongan hati saya dulu!" Akhirnya terluah jua.

Elena mengangguk faham.

"Tapi you tak boleh terus lari macam ni!"

"Saya bukan tak nak balik dan berbincang dengan dia! Tapi saya tahu kami berdua akan berakhir dengan pergaduhan!"

"Dan keluar dari rumah bukanlah tindakan yang betul Ridz! You perlu jadi air bila dia jadi api! Jangan you api dan dia juga api! Memang tak akan ke mana hubungan you kalau macam tu!"

"Mungkin apa yang I cakap ni tak masuk akal dan nampak berat sebelah tapi... Wanita bila dia dah cukup terluka dia akan bawa diri dan tak perlukan lelaki lagi dalam hidup dia!"

"Like you!" Tembak Ridzuwan tepat ke dada Elena.

"You! I tengah serius ni! Boleh tak jangan main-main!" Elena geram nampak senyuman kecil dari bibir Ridzuwan.

"Jalan hidup I dengan you berbeza! I lain you lain! I dah berakhir! You masih lagi belum selesai dan you perlu selesaikan semuanya."

Kembali suasana suram.

"Balik lah! Cuba berbincang masih belum terlambat lagi you nak betulkan semuanya!"

"How about you?"

"Me? Ridz....I tak pernah berubah! Macam mana you jumpa I dulu, macam ni jugalah I sekarang!"

"Awak tak ada rasa sayang pada saya?"

"Tipulah kalau I kata tak ada! Mesti ada! Tapi I dah anggap you macam kawan I! Kawan I luahkan masalah hati dan perasaan I!"

"Tapi awak tak ada luahkan pun?"

"Ridz....!!"

"Penatlah cakap dengan you ni! I tak nak paksa you! I just minta you balik dan selesaikan semua ni dulu then baru you fikir macam mana nak susun jalan hidup you, Okey?"

Ridzuwan diam, seolah-olah memikirkan sesuatu.

"Kalau you tak nak balik, I tak nak kawan dengan you!"

"Ugut saya?"

"Yes!"

"How dare you!"

[C] | Dia Ambil Hatiku |Where stories live. Discover now