Mu'amil Ridzuwan pandang jam di tangan kirinya, sudah berganjak ke tengahari tetapi dia masih lagi tidak boleh pergi sekarang memandangkan orang kenamaan sedang melakukan lawatan ke majlis sempena sambutan Hari TUDM yang ke 64.
Walaupun bukan dia yang menjadi pengiring tapi dia juga diminta meramaikan majlis.
Sudahlah panas, hatinya gundah pula.
Elena langsung tidak balas dan jawab panggilan yang dia buat selepas tahu isterinya ingin masuk kerja hari ini.
"Boleh pula aku kena turun hari ni! Baru nak ajak dia pergi dating" gumam Ridzuwan sendiri.
Tengah sibuk berceloteh, Adrian datang menepuk bahunya.
Terkejut dia, hampir luruh jugalah jantungnya kerana terkejut.
"Kau kenapa gila!"
"Aik marah nampak? Tahu lah tengah bahagia tapi janganlah mengelamun " Adrian ketawa.
Naresh di sebelahnya juga ketawa melihat rakan sekerjanya cuak seperti nampak hantu.
"Aku tak mengelamun, cuma aku tertanya-tanya bila nak habis lawatan ni!" Mata tertumpu pada beberapa Panglima yang sibuk melayan Sri paduka baginda yang di-Pertuan agong.
"Kejap lagi habis lah tu, kenapa kau urgent ke?"
"Tak lah urgent sangat tapi aku tengah risaukan isteri aku tu haa!" Telefon di ambil melihat kot kot ada mesej dari Elena.
"Lah bini kau ke mana Ridz...." Naresh tanya pelik dengan kawannya.
Tak kan baru kahwin bini dah lari kot.
"Bini aku tak ke mana Resh! Cuma hari ni dia dah masuk kerja sebab aku pun kena kerja...." Keluhan paling berat dia luahkan.
"Lah ye ke? Kesian kau! Kalau kau nak cuti lagi kenapa tak bagi tahu aku? Aku boleh ganti tempat kau lah!" Naresh tepuk bahu Ridzuwan.
"Ye lah! Aku tak nak susahkan kau Resh, bini kau kan baru bersalin, aku tak nak ganggu kau!"
"Tak ada lah Ridz....mak mentua aku ada sini, boleh dia tengok kan kejap bini aku!"
"Ye ke? Anak kau perempuan kan Naresh?" Adrian buka mulut.
"Ya! Perempuan, aku memang nak anak perempuan!"
"Wah, boleh order ehhh!" Mereka ketawa bersama tapi lain dengan Ridzuwan yang hanya diam sahaja.
"Weh, kau kenapa?" Naresh perasan perubahan kawannya itu.
Mu'amil Ridzuwan hembus nafas.
"Tak ada apa lah...." Tipu Ridzuwan.
"Kau jangan tipu aku Ridz....aku tahu kau ada benda kan kau nak cakap?"
"Entah lah weh, aku ni dah sepuluh tahun tunggu anak, tapi belum ada rezeki.... Kadang kadang aku tertanya-tanya aku ke yang bermasalah..." Akhirnya terluah juga kerisauan di hati.
"Lah, kau ni jangan fikir macam tu....kau dengan bini kau baru kahwin, aku percaya Tuhan sedang atur yang terbaik untuk kau, kau janganlah ikutkan hati sangat" Naresh ber semangat pada Ridzuwan.
Dia tahu kawannya itu baru sahaja melangsungkan perkahwinan keduanya setelah pernah gagal pada perkahwinan pertama dulu.
Tak tahu apa puncanya tapi dia yakin kawannya itu bahagia dengan perkahwinan kedua ini memandangkan setiap hari setelah perkahwinannya ini lelaki itu kerap muat naik gambar wanita yang dia yakin itu adalah isteri barunya.
"Kau kena yakin bro! Kalau betul kau bermasalah mesti Tuhan akan atur yang terbaik untuk kau, aku doakan kau tabah hadapi ujian kau!" Sekali lagi bahu Ridzuwan ditepuk dan diramas lembut.
YOU ARE READING
[C] | Dia Ambil Hatiku |
RomanceKerana satu pertaruhan Elena Marzuien terperangkap di dalam sebuah hubungan dengan suami orang, taruhan yang bernilai hampir setengah juta itu disahut dengan berani. "gila! taruhan memakan maruah diri!"- Elena Marzuien. "menang, kau dapat bahagian k...