Sejak Mu'amil Ridzuwan keluar pagi itu sehingga dua hari yang lalu, Elena perasan akan perubahan rutin kerja suaminya yang kerap keluar awal pagi.
Dari mata kasar nampak suaminya bahagi masa antara dia dengan kerja sama rata, tapi hati nuraninya merasakan ada sesuatu yang sedang suaminya rahsiakan.
Seperti pagi ini, Ridzuwan kelihatan kelam kabut ingin keluar.
"Sayang....Bie kena cepat ni, nak ambil kawan kejap lepas tu terus ke kem" dahi Elena dicium penuh sayang malah, pipi dan bibirnya juga.
"Assalamualaikum sayang....Bie pergi dulu ya? Love you...." Senyuman paling manis Ridzuwan hadiahkan.
Hilang kelibat suaminya di sebalik pagar automatik itu, wajah bertukar mendung, ada sesuatu yang terpalit di hati.
Masuk ke dalam rumah, telefon di meja ruang tamu diambil dan dia terus menghubungi seseorang.
"Hello, Trisya can you help me?"
"Aku nak minta orang-orang kau tolong aku...."
"I will see you later!"
Lepas panggilan tamat, keluhan berat dilepaskan, hatinya benar-benar takut jika apa yang fikirkan itu benar belaka.
"Ingat Elena kifarah sentiasa ada....salah tetap salah! Ingat kau pernah ada di dalam sebuah hubungan yang halal..."
Elena pujuk hati supaya terus kuatkan kepercayaan kepada suaminya, jika ikutkan kata hati memang dia yang akan hancur kerana kesilapannya dulu.
Mu'amil Ridzuwan masuk ke dalam sebuah hospital swasta yang berada di tengah pusat bandar, hari yang masih pagi membuatkan keadaan lenggang.
Dia masuk ke dalam salah satu bilik bersama satu kantung beg plastik ditangan. Wajah ceria Aira dengan Puan Aminah menyapa matanya.
"Assalamualaikum..."
"Waalaikumussalam...." Puan Aminah jawab salam itu.
Tanpa senyuman dan kemesraan Ridzuwan letakkan beg plastik di atas meja tepat depan Aira Amisya yang sedang menguntumkan senyuman.
"Ridz dah makan?" Tanya Aira sambil tangan sibuk membuka isi dalam plastik tadi.
"Dah!" Datar sahaja tidak mahu keadaan bekas isterinya semakin teruk.
"Dengan Elena ya?" Sayu suara Aira bertanya, tatapan mengharap jawapan yang menyejukkan hati.
Ridzuwan tarik nafas, tak tahu hatinya sekarang sedang berbelah bahagi ada si isteri di rumah.
"Hmmm..."
Aira Amisya diam membisu seolah-olah terasa dengan jawapan itu.
"Ridz.....boleh tak lepas ni Aira nak sarapan dengan Ridz....?"
Mu'amil Ridzuwan pejam mata mencari sedikit kekuatan, entahlah sampai bila dia akan bertahan dengan karenah Aira untuk beberapa hari ini.
"Aira...." Belum sempat dia jawab, Aira dulu memotong ayatnya.
"Aira faham...." Suara wanita itu kedengaran mula serak.
"Ye lah! Lepas ni saya sarapan dengan awak!"
Terpaksa, dia tak mahu Aira terus menyakiti dirinya sendiri.
'maafkan Bie sayang....'
"Setiap hari?" Tanya Aira untuk kepastian.
"Ya..."
"Terima kasih awak! Awak memang paling faham saya..." Senyuman kembali menghiasi wajahnya.
"Dah cepat makan, saya nak pergi kerja dah ni.... dah dekat pukul tujuh setengah dah...."
YOU ARE READING
[C] | Dia Ambil Hatiku |
RomanceKerana satu pertaruhan Elena Marzuien terperangkap di dalam sebuah hubungan dengan suami orang, taruhan yang bernilai hampir setengah juta itu disahut dengan berani. "gila! taruhan memakan maruah diri!"- Elena Marzuien. "menang, kau dapat bahagian k...