Seminggu berlalu sejak kejadian di rumah keluarganya. Aira sedikit bernafas lega melihat perubahan Mu'amil Ridzuwan yang kerap pulang ke rumah walaupun pulangnya hanya untuk tidur.
Perubahan itu dirasai oleh Aira apabila sebelum ini lelaki itu sangat jarang pulang, pulang hanya mengambil atau menukar baju sahaja.
Seperti sekarang lelaki itu sedang bersantai di ruang tamu menonton televisyen, walaupun antara mereka hanya diam membisu.
Bisu itu sudah menemani mereka sejak mereka pulang dari kampung.
Ditanya sepatah jawab pun sepatah.
Kadangkala suaminya terlelap di bilik tetamu, hal itu langsung memberi kesan tidak sedikit dalam keyakinan dirinya.
Tapi entahlah dia memilih meneguhkan egonya, ingin menunjukkan dia juga ada hak merajuk.
Namun, tak lama lihatlah dia sekarang berperang dengan perasaan sendiri untuk mengajak suami sendiri berbual.
Takut-takut dan malas bercampur.
Tapi di gagahkan juga.
"Macam mana dengan tarikh nikah tu? Mama dah pergi ke?" Sengaja.
Padahal dia tahu yang keluarga Ridzuwan tiada seorang pun lagi yang mampir untuk memberi tarikh.
"Belum!" Senyap.
"Dah tu bila? Mengamuk mak long nanti!"
"Mama tak ada masa nak pergi!"
"Jangan lama-lama nanti apa kata orang pula!"
"Hmmm...."
Mata lelaki itu sedikit pun tak beralih dari melihat televisyen.
Sedetik dua detik berlalu masih sama.
"A...."
Tin.
Telefon Ridzuwan berbunyi tanda ada mesej masuk.
Laju tangan itu mencapai handphone dan membukanya.
Wajah itu berubah sedikit lembut buatkan Aira tertanya-tanya.
"Siapa?"
"Kawan!" Masih fokus membalas pesanan tadi.
"Tak kan kawan abang sampai happy macam tu? Ke mesej dengan Yuhara?" Aira main tembak sahaja.
"Hmmm..." Jawapan yang menggetarkan jiwa seorang isteri.
"Wah! Dah pandai sekarang ye, mesej dengan bakal isteri, mesti best kan?" Sendiri tanya sendiri sakit hati.
"Hmmm best!" Aira tak boleh duduk diam lagi.
"Abang ni kenapa? Saja nak sakitkan hati saya ke?"
"Aik! Awak yang merapu abang yang kena?"
"Merapu apa? Aira tanya abang iyakan je!"
"Dah abang cakap kawan, awak tak percaya bila awak teka abang iyakan je lah! Dah tu awak nak marah kenapa pula?" Ridzuwan jawab juga walaupun malas.
Aira Amisya diam, rasa malu pula apabila kesalahannya ditangkap oleh suaminya.
"Lain kali jangan tanya soalan yang menyakitkan hati sendiri!" Pesan Ridzuwan sebelum angkat punggung masuk ke bilik tetamu.
"Nak pergi mana?"
"Tidur!"
Aira kemam bibir menahan sakit hati, niat ingin mengetahui eh malah dia yang diketahui.
Mu'amil Ridzuwan menghempaskan tubuhnya ke atas tilam, keluhan dilepaskan, rasa rindu membuak-buak ketika ini, wajah Elena menghiasi ruang bilik yang putih.
YOU ARE READING
[C] | Dia Ambil Hatiku |
RomanceKerana satu pertaruhan Elena Marzuien terperangkap di dalam sebuah hubungan dengan suami orang, taruhan yang bernilai hampir setengah juta itu disahut dengan berani. "gila! taruhan memakan maruah diri!"- Elena Marzuien. "menang, kau dapat bahagian k...