Bab 15

6.4K 154 4
                                    

Elena Marzuien mundar mandir sendiri, mesej yang diterima tadi mendebarkan hati.

"Mana you pergi ni?" Telefon dipukul pukul di telapak tangan.

Bimbang.

Kepala yang pening dipicit, sempat dia memilih pulang kerana panik.

"Salah aku suruh dia balik!" Kuku digigit kerana gusar.

Klik.

Terus terpusing kepala mengadap pintu yang baru dibuka, wajah kosong Ridzuwan menyapa penglihatannya.

"Ridz...." Cepat-cepat dia mendekati lelaki itu.

Tanpa sempat dia menyentuh tangan lelaki itu, tak semena-mena tubuhnya dipeluk erat.

Seminit, dua minit.

Kedengaran esakan kecil di bahunya.

'He crying?'

"Ridz....are you crying?" Tanya Elena tidak percaya.

Rasa bersalah menyerbu dirinya.

"I'm sorry! I tak patut paksa you balik!" Elena memujuk.

Belakang Ridzuwan diusap lembut. Seperti budak yang sedang menangis Elena memujuk.

"Saya penat! Sumpah penat!" Luahan yang menyayat hati.

Elena menjadi pendengar setia lelaki itu. Menunggu lelaki itu reda barulah dia memimpin tubuh rapuh itu ke sofa.

"You duduk dulu, I buatkan air"

Tak sempat Elena bangun tubuhnya di rengkuh kuat, Ridzuwan tidak mahu melepaskan.

Tak jadi Elena bangun.

Lama keadaan masih begitu entah sampai bila tapi yang pasti kedua-dua hanyut ke alam mimpi.

Elena kerana penat berkerja dan Ridzuwan kerana penat menangis.

Sedar apabila laungan azan asar berkumandang.

Elena Marzuien mengerjap matanya bagi menghilangkan rasa mengantuk.

"Ya Allah....." Tersedar yang dia telah pun terlelap, tubuh Ridzuwan yang memeluknya di pandang.

Perlahan dia menepuk-nepuk belakang lelaki itu tujuan ingin lelaki itu bangun.

Ridzuwan bergerak sedikit lalu perlahan-lahan mata terbuka.

"You...." Tegur Elena.

Sedar dia memeluk siapa, maka makin kukuh pelukan itu, Elena mengeluh.

"You bangun! Dah asar!" Tubuh Ridzuwan di tolak perlahan.

"You bangun dulu, cuci muka, solat! Lepas tu kita makan ya?!" Ridzuwan diam tapi dia tahu lelaki itu dengar.

Selesai semua, mereka berdua di meja makan, lauk yang terhidang tidak menarik selera mereka.

"You..."

"Hari ni saya kena tangkap basah!" Elena terkedu.

"Tangkap basah? Kenapa?"

"Betina tu perangkap saya,!"

"Betina? Who?"

"Sepupu Aira! Isteri saya!"

Elena tergamam bercampur terkedu, hilang kata-kata.

"But how? And.....why dia buat you macam tu?" Elena dah runsing dengan masalah yang menimpa lelaki itu.

"Seriously I got confused with what happen to you now! Seriously! Sebelum ni you cerita, family mentua you kutuk you! Kata you macam-macam! And your wife tak hargai you langsung! And now, you get caught red-handed? with your wife's cousin? Oh my god! I'm speechless!"

[C] | Dia Ambil Hatiku |Where stories live. Discover now