Mu'amil Ridzuwan genggam erat jemari Elena Marzuien, sesekali dicium jemari halus itu melepaskan rasa rindu sepanjang hari ini.
Elena Marzuien sengaja diam dan tidak bersuara kerana tidak mahu lelaki itu perasan akan wajah dan suaranya sudah sedikit berubah.
'bodoh punya betina tu.....'
Tapi tu lah, dia tak dapat kawal pergerakan dan diri seseorang, baru sahaja kereta masuk ke perkarangan rumah banglo dua tingkat berwarna coklat cair itu, wajahnya ditarik mengadap si suami.
Lama direnung wajah itu, berkedut kedut wajah suaminya meneliti setiap inci wajah dia, Elena mula gelabah.
"Sayang......" Baru Ridzuwan bersuara dia terus buka pintu kereta.
"Jom masuk!" Laju kaki di bawa masuk ke dalam rumah.
Mu'amil Ridzuwan pastikan pagar dan kereta berkunci barulah dia membuntuti langkah isterinya.
Masuk, ruang tamu kosong, automatik matanya terarah pada tangga tingkat atas.
Perlahan tapi yakin dia bawa langkah ke bilik.
Kosong.
Bunyi pancuran air mengalihkan perhatian Ridzuwan, punggung di labuh kan di birai katil, ada perkara yang dia perlukan penjelasan.
Dua puluh minit kemudian.
Klik.
Pintu bilik air terbuka memaparkan Elena yang sedang berkemban dengan wajah yang menunduk. Kini, dia yakin ada sesuatu wanita itu sembunyikan dari dia.
Ridzuwan tunggu lagi, telan air liur berkali-kali dan tidak berkelip mata mengikuti setiap langkah isterinya yang seperti pencuri berlari anak masuk ke ruang pakaian.
Nak kata isterinya gemuk tidak, nak kata salah beli tuala pun tidak, tapi kenapa tuala itu seakan tidak mampu menampung setiap inci tubuh isterinya? Mungkin isterinya sudah sedikit berisi menambahkan kesan seksi di situ.
Biasalah orang yang sudah berkahwin, bahagia pula memang berisi lah.
Selang beberapa minit Elena keluar dengan mengenakan baju tidur satin bertali satu dengan bawahan paras lutut.
Walaupun hampir tiga bulan mereka berkahwin, tetapi wanita itu nampak masih malu dengannya. Itu membuatkan dia senyum sampai ke telinga kerana suka mengusik.
Tubuh Elena yang bersandar di kepala katil, didekati. Selimut tebal di tarik menutupi peha Elena yang terdedah, dia perlu tahan dulu kerana ada benda penting yang ingin dia katakan.
Elena Marzuien telan air liur.
Kembali letakkan punggung di hadapan Elena, wajah si isteri di tenung sedalam mungkin.
"Sayang kena tampar?" Haa, sudah. Kan dah kata.
"Ma...mana...."
"Jangan tipu Bie!" Potong ayat Elena, wajah serius Ridzuwan buat Elena mati kutu.
"Bie pun pernah kena tampar masa kena ragging dulu, jadi jangan bohong Bie yang itu bekas kena cubit!" Wajah tegas dan garang Ridzuwan berjaya cuit keberanian Elena.
"Tapi tamparan Bie lain, tamparan ni lain!" Secara tak sengaja dia sudah buka pekung sendiri.
"Jadi betul lah sayang kena tampar?" Elena terdiam bila suaminya berjaya buat dia buka rahsia sendiri.
Mahu tidak mahu dia kena bagi tahu juga apa sebenarnya yang terjadi, dia tak mahu ada salah faham antara mereka nanti.
"Hmmm ....."
YOU ARE READING
[C] | Dia Ambil Hatiku |
RomanceKerana satu pertaruhan Elena Marzuien terperangkap di dalam sebuah hubungan dengan suami orang, taruhan yang bernilai hampir setengah juta itu disahut dengan berani. "gila! taruhan memakan maruah diri!"- Elena Marzuien. "menang, kau dapat bahagian k...