Bab 31

5.2K 113 4
                                    

Mu'amil Ridzuwan menghentak stereng kereta berkali dengan tangannya. Air mata sudah membasahi pipi serta tangannya yang digunakan untuk menepis air itu.

Rambut diramas kuat.

'Apa kau buat ni Ridz! Isteri kau menangis Ridz! Dia menangis!'

'Kau sanggup tengok dia sedih macam tu? Sampai bersujud dia Ridz! Kau kejam Ridz kau buat dia macam patung! Kau yang nak kan dia lepastu kau buat dia macam tu pula! Kau egois Ridz! Kau egois!' Suara hatinya menjerit.

'Kau tak guna Ridz! Kau buat wanita yang kau puja dulu tu menderita!'

"Apa aku dah buat ni? Ya Allah...."

'Relax Ridz...kau nak menangis kenapa? Itu baru sikit, kau tak ingat macam mana kau sakit bila dia tinggalkan kau? Jangan lupa Ridz kau pun sampai demam panas berhari-hari, setakat dia menangis macam tu hanya hal kecil je'

Entah dari mana datang suara-suara itu penyebab utama Ridzuwan berbelah bahagi.

Separuh dirinya inginkan Elena separuh lagi memaksa dia menyeksa batin Elena.

Usap air mata, dia menarik nafas sebaik mungkin.

Sengaja dia mencari alasan supaya dia tidak terus menyeksa hati Elena dengan sikap dinginnya.

"Maafkan bie sayang... Bie ego...."

Telefon yang masih memutarkan keadaan isterinya yang masih menangisi sikapnya di pandang lama, CCTV yang sudah dipasang dalam rumahnya demi keamanan menyenangkan dirinya untuk pantau keadaan isterinya.

Tiga tempat berbeza dia tempatkan CCTV, satu ruang tamu, satu lagi ruang dapur dan terakhir di dalam bilik mereka sendiri.

Mungkin Elena Marzuien masih belum perasan akan benda itu memandangkan CCTV itu tiada sebarang lampu.

Dari rakaman CCTV itu dia lihat Elena yang lemah berjalan menuju bilik mereka, kini dia beralih melihat ke sana pula.

Wanita itu baring kan tubuh bersama apron yang masih di tubuhnya, masih teresak-esak Elena pejamkan mata mungkin untuk menghilangkan rasa sakit di dada.

Tak lama menunggu bila wanita itu sudah masuk ke dalam mimpi. Tubuh Elena yang terdedah dibahagian belakang dipandang lama.

Memang dari dulu lagi wanita itu selalu mampu menggetarkan jiwa kelakian nya.

Itu juga alasan kenapa dia keluar dari rumah kerana takut dia tidak dapat mengawal nafsunya, dia juga terpaksa menggelakkan diri lama-lama berada di rumah walaupun dirinya teringin sangat-sangat ingin memakan masakan isterinya.

Lihat Elena yang tertidur nyenyak, dia ambil keputusan untuk patah balik ke rumah.

Sampai sahaja, dia masuk menuju ke dapur. Sudah seperti pencuri yang sedang merompak, terkedek-kedek dia berlari sambil menyorok nyorok takut Elena sedar tindakannya.

Bila diri sudah masuk ke dapur, benda pertama yang dicapai adalah bekas makanan yang ada di rak pinggan.

Masukkan nasi ke dalam bekas tadi lalu mengambil beberapa jenis lauk lantas menutupnya, mug yang bertutup juga diambil dan diisi dengan air teh hangat.

Selesai semua, dia terus berlari keluar masuk ke dalam kereta dan meluncur laju ke sebarang arah secepat mungkin.

Punya takut kantoi.

Dia berhenti di salah satu tempat duduk di sebuah taman tasik, sambil menikmati keindahan alam semula jadi sambil mulut mengunyah makanan buatan si isteri.

Rasa nikmat yang teramat sangat bila dua keindahan dapat dinikmati serentak.

Alam semula jadi dan masakan isterinya yang tercinta.

[C] | Dia Ambil Hatiku |Where stories live. Discover now