Pov Mu'amil Ridzuwan.
Bukan dia tidak sedar apa yang berlaku di depannya sekarang tapi dia malas mahu masuk campur, sekarang semakin terserlah perangai sebenar bekas isterinya yang pernah dia sanjungi dulu.
Dunianya kosong, yang dia tahu hanyalah Elena Marzuien dan anaknya, selebihnya dia tak peduli lagi, lebih baik dia pilih duduk dalam dunianya yang penuh dengan senyuman Elena.
Lama jugalah dia dengar perbalahan antara Puan Marleen dan Aira Amisya sebelum ada satu suara yang sangat dia kenali kedengaran.
Tubuhnya terkunci di kala suara itu makin mendekat, tak tahu reaksi apa yang harus dia perlihatkan, sesungguhnya dia hanya terkaku dengan kepala yang menunduk, dia takut itu semua datang dari mimpi buruknya.
Berkali-kali dia berharap agar suara itu kembali menghiasi hari-harinya, tapi hatinya juga takut akan kecewa tanpa kehadiran wanita itu, dari dia mengharap lebih baik dia pendam segala harapan itu.
Kembali dia menekur lantai bila suara itu seakan lenyap tidak lagi didengari, sudah dia sedari semua itu hanya khayalan, suara-suara yang mencemuh dan menghina makin berleluasa di pendengarannya.
Makin lama, suara-suara itu makin hilang, kedengaran seperti berbisik sahaja, bila dia ingin memujuk hati agar kembali kuat tiba-tiba suara yang dia rindu kedengaran kembali tapi kali ini hanya seketika bila dia rasa ada seseorang sedang berdiri di hadapannya, tak tunggu lama seseorang itu melutut sambil merenungnya.
Tidak berani dia angkat wajah, tiba-tiba tangan dia yang dingin itu di sentuh dan digenggam erat.
"Bie......"
Zap!
Berdegup kencang dada dia ketika ini, panggilan yang dia rindui, hanya Elena yang memanggil dia begitu, dengan rasa gugup dia angkat mata, wajah sendu wanita itu jelas terlihat di hadapannya.
Apakah dia bermimpi sekarang? Benarkah wanita itu sedang melutut di hadapannya? Atau ini hanya sekadar khayalan dia semata-mata? Tetapi kenapa wanita itu menangis? Dan kehangatan genggaman tangan mereka terasa sangat nyata.
Perlahan tangan sebelah lagi dibawa menyentuh tautan tangan mereka, diusap untuk memastikan bahawa semua itu bukanlah mimpi. Bila sudah bersentuhan kini dia sedar semua ini bukan mimpi.
"Ele......" Sekali lagi dia pandang wajah yang tersedu-sedan serta anggukan mengiyakan semua anggapannya.
Bila begitu terus tubuhnya tegak, mata dibuka luas dan bibir mula bergetar, dengan pasti tangan mencapai bahu wanita itu lalu dibawa masuk ke dalam pelukannya.
Pov end.
"Sayang.....betul ke ni sayang?" Bagai tidak percaya dia tilik lagi wajah Elena.
"Bie maafkan sayang, sayang minta maaf sangat-sangat! Sayang tak patut tinggalkan Bie...." Luahan Elena mendapat gelengan dari Ridzuwan.
Wajah basah Elena yang berada di dadanya diusap bagi menghapuskan sisa-sisa air mata, lalu dikucup perlahan mata yang masih basah.
"Sayang tak salah! Bie yang salah, Bie punca sayang merajuk macam ni, kalau Bie beritahu sayang tentang Aira, mesti sayang tak akan terluka macam ni.....Bie yang patut minta maaf....." Terasa ada air mata yang mula mengalir dari tubir mata.
"Bie berdosa pada sayang, pada anak kita.... Bie gagal jadi suami dan ayah yang baik...." Tubuh itu makin dirangkul kemas tidak memberi ruang sedikit pun untuk mencelah.
"I miss you so much.... Bie janji lepas ni bie tak akan sia-siakan sayang lagi, cinta dan kasih Bie hanya untuk sayang selamanya...." Elena angguk menerima semua janji itu, seketika mereka hanyut.
YOU ARE READING
[C] | Dia Ambil Hatiku |
RomanceKerana satu pertaruhan Elena Marzuien terperangkap di dalam sebuah hubungan dengan suami orang, taruhan yang bernilai hampir setengah juta itu disahut dengan berani. "gila! taruhan memakan maruah diri!"- Elena Marzuien. "menang, kau dapat bahagian k...