Bab 32

5.4K 126 7
                                    

Mu'amil Ridzuwan tersedar dari tidurnya bila terdengar pancutan air dari bilik air. Mata melilau mencari kelibat Elena, dia ingin tatap wajah itu kerana rindu yang sangat.

Lihat ada beg tangan Elena di atas meja solek buatkan dia yakin Elena sudah pulang.

Bantal yang tadi di peluk diletakkan semula pada tempat asal sempat dia cium bantal itu. Dengar air pancut sudah ditutup dia bergegas duduk di bucu katil seraya memainkan telefon, acah-acah tak peduli sedangkan hati sudah meronta ingin mendapatkan belaian.

Klik.

Dia masih sama mengeraskan hati supaya tidak luluh dengan air mata yang bakal wanita itu tunjukkan nanti.

Telinga menangkap setiap bunyi dari aktiviti yang wanita itu lakukan sehingga akhirnya dia dengar pintu bilik tertutup rapat dari luar.

Bam.

Mu'amil Ridzuwan tegakkan badan. Pintu bilik yang tertutup rapat di pandang tidak percaya, isterinya pergi tanpa menyapa dia?.

Tersentak seketika.

"Aku kena tinggal? Biar betul!"

Kerana tidak mahu terus tertanya-tanya akhirnya dia buat-buat ke dapur. Biarpun begitu kelibat Elena tidak ada diruang tamu buatkan hatinya semakin memberontak galau.

Sampai sahaja di dapur tubuh kecil Elena sedang duduk di meja makan sambil menghabiskan nasi goreng, dari riak wanita itu yang kelihatan salah tingkah bila dia datang menguatkan firasat bahawa isterinya sedang mengelamun.

Elena paksa mengoyak senyuman walaupun kaku, mungkin tidak mahu hati suaminya terluka.

"Bie....Bie dah makan?" Ridzuwan geleng.

"Bie nak makan sekali tak? Ele baru nak makan"

Mu'amil Ridzuwan tatap anak mata Elena yang tersenyum nampak luka disitu. Tak sangka wanita itu menukar panggilannya selepas apa yang jadi. Hatinya terusik.

"B....boleh juga" langkah yang ringan dibawa mendekati Elena yang bangun untuk ambilkan pinggan untuk dirinya.

Sepanjang acara makan malam itu hanya kedengaran sudu dia sahaja berdetam detum memandangkan Elena makan menggunakan tangan.

"Bie... hurm boleh Ele tanya?"

"Hmmmm...." Ridzuwan rasa dunianya terhenti bila isterinya bahasa kan diri begitu. Sakit hati mula menguasai.

"Macam mana dengan honeymoon tu? Jadi ke?"

'sekarang masanya Ridzuwan!' datang kembali suara itu menghasut akal fikirannya.

"Tak tahu!"

Elena Marzuien diam, teguk air menenangkan rasa sebak yang bertandang.

"Kalau tak jadi Ele nak masuk kerja!"

Zap!.

Terpejam mata Ridzuwan mendengar ayat yang keluar dari mulut Elena, bukan itu yang dia nak, yang dia nakkan adalah wanita itu menangis tersedu sedan memohon padanya.

Brak.

Terhenjut bahu Elena bila Ridzuwan baling sudu ke dalam pinggan.

"Jangan nak merepek sangat! Nak kerja apa? Cuti belum habis, kalau Bie rasa nak pergi Bie pergi! Kalau tak duduk je dalam rumah ni!" Selesai marah-marah tanpa sedar dia bangun menuju ruang tamu.

Elena sapu wajah yang terkejut dengan tangan bila suaminya hilang dari pandangan, malas dia pedulikan suaminya, kalau suaminya sudah bertekad begitu maka dia juga harus ada tekad lain, dia teruskan makan walaupun air mata terus mengalir, ditelan susah payah nasi yang terasa kasar.

[C] | Dia Ambil Hatiku |Where stories live. Discover now