Sedar tak sedar kini hampir setahun mereka melayari bahtera kehidupan, Mu'amil Ridzuwan dukung anak bongsunya yang merengek, dipujuk manja si bongsu, kelibat Elena cuba dicari dalam kerumunan manusia yang lengkap berpakaian serba biru bertudung merah itu.
Hari ini merupakan hari Bakat Tentera darat sempena sambutan ulang tahun TDM yang ke 90, semua para isteri diwajibkan turun bagi memeriahkan majlis, tidak ketinggalan Elena juga turut hadir bagi memeriahkan majlis itu.
Dari jauh dia lihat beberapa orang isteri pegawai dan panglima sedang berborak sakan dengan isterinya, siapa tidak mahu dekat dengan Elena Marzuien? Wanita bekerjaya yang acap kali muncul di kaca televisyen.
Mengalahkan artis, ada sahaja yang minta bergambar, bukan setakat mereka pakaian, beg dan kasut tetapi kini mula berkecimpung dalam bidang Perhiasan pula, bukan setakat itu sahaja malah, sudah jadi seorang penerbit novel pula, itu belum lagi cadangan dia untuk buka rakaman studio bagi melahirkan lebih ramai lagi artis muda tanah air, pening kepala dengan usulan itu.
Otak bisnes ni memang semua dia nak tapau, ada pula dukungan dari kawan-kawan lain, memang menjadilah semua itu. Bila di halang katanya untuk anak cucu, wah ramai ya anak cucunya. Pemikiran ke depan betul.
"Wah, dah dukung anak dah sekarang ni...." Suara usikan datang dari belakang, dia toleh ke arah suara itu.
"Woiii....bila balik! Tak bagi tahu aku pun!" Huluran tangan Naresh di sambut kemas.
"Kau busy, aku tak sempat nak bagi tahu! Ryan mana?" Mata melilau cari seorang lagi sahabatnya.
"Tu......" Panjang ayatnya bersama mulut muncung ke satu arah.
Naresh terus pandang.
"Ayash.... Don't panjat panjat! Nanti fall...."
"Arya.....papa say what? Don't run run kan?"
Naresh pusing kembali kepalanya, wajah Mu'amil Ridzuwan yang sukar ditafsirkan direnung bersama wajah sekupang.
"Eṉakku teriyātu" (aku baran tahu).
"Nāṉ avaṉ mukattil aṭittāl, atu vīṅkum!"
(Kalau aku hempuk muka dia, bengkak tau!).Naresh mula merapu dalam bahasa dia, Mu'amil Ridzuwan yang kurang faham hanya mengelus lembut bahu sahabatnya itu.
"Don't run run! Puih! Mykadale!" Naresh buat muka menyampah setelah itu pandangannya beralih pada wajah putih berseri anak bongsu Ridzuwan.
"Hi, sayang......meh kat uncle.....alololo...." Kini anak Ridzuwan sudah berubah tangan.
"Fuh, lega....." Mu'amil Ridzuwan renggang kan tangannya yang terasa pegal dek terlalu lama mendukung budak seberat 10 kg lebih itu.
"Beratnya weyh! Berapa kilo ni!" Naresh tilik peha roti bun yang terbentuk bila di lipat.
"10 kg!"
"Ayo Amma!! 10 kg! Mati lah weh.....berapa bulan ni?"
"Enam bulan!"
"Afuhhhhhh......patahlah tangan kau Ridz...." Usik Naresh.
"Tahu tak apa! Ni baru sorang! Kalau kau nak tahu aku ada lagi dua orang dekat rumah tu!"
"Hahhahahah....aku lupa kau ada anak tiga! Potong Line aku dengan Rian ni! Hahhahaha... "
"Itulah, jangan kata aku, bini aku pun tak tahu dia mengandung triplets!"
"Seriously? Wah, rezeki kau laaa... Tapi satu je aku nak pesan dekat kau!" Ridzuwan renung wajah Naresh dengan lekat, takut kalau-kalau ada yang tidak kena.
YOU ARE READING
[C] | Dia Ambil Hatiku |
RomanceKerana satu pertaruhan Elena Marzuien terperangkap di dalam sebuah hubungan dengan suami orang, taruhan yang bernilai hampir setengah juta itu disahut dengan berani. "gila! taruhan memakan maruah diri!"- Elena Marzuien. "menang, kau dapat bahagian k...