Mu'amil Ridzuwan yang sedang berjalan dengan beberapa rakannya yang lain di pandang tajam disebalik kaca cermin mata hitamnya.
Hari ini dia akan buat lelaki itu akan sentiasa ada masalah dengannya dan tak boleh lari darinya sehingga misinya berjaya.
"Aku akan buat kau tarik balik semua yang kau kata dekat aku!"
"Uish, Ridz awek mana yang duduk dekat kereta kau tu?" Adrian usha padat.
Automatik matanya di larikan ke arah keretanya, terdapat seorang wanita yang sedang bersandar di bonet depan sambil berpeluk tubuh.
'dia?'
Tanpa membuang masa, kaki panjangnya dibawa ke arah wanita itu.
"What do you want?"
"I want you!"
Mu'amil Ridzuwan mengenyit dahi pelik.
"Me?"
"Yes!"
"For what?"
"To be mine!"
"Be yours?"
Elena Marzuien mengangguk bersahaja.
"Crazy!" Jawabnya dengan sinis.
Elena Marzuien tergelak kecil dengan sikap tidak acuh lelaki itu.
"Yes! I'm crazy! I crazy because of you!"
"Baru sekali kau jumpa aku, terus nak kena jadi milik kau? Hahhahhaha!! Gila!"
Tadi ketawa macam kena sampuk lepas tu bertukar jadi singa.
Elena Marzuien hanya diam tidak membalas apa-apa.
"Cakaplah apa pun, I cuma nak you jadi milik i sahaja!" Elena membuka cermin mata yang dipakai, terus direnung wajah tampan di hadapannya.
Seketika dia terpegun.
Mata Elena Marzuien yang hitam pekat menikam indera penglihatan Mu'amil Ridzuwan.
"Jangan mengarut lah perempuan! Kau baru jumpa aku sekali! Kau belum kenal aku macam mana terus kau minta aku jadi milik kau? Kau memang perempuan murah! Tak ada maruah!" Hina Ridzuwan sedikit pun tidak memberi kesan di hati Elena.
"Yes, i'm!"
Berkerut dahi Ridzuwan.
'wanita ni memang galak!'
"Jangan terkejut dengan 'cinta pandang pertama'"
"What?"
"Yes, I falling in love with you!"
Mu'amil Ridzuwan terkedu.
"Simpan cinta kau tu! Aku suami orang! Aku ada keluarga, aku tak mungkin terima kau! Cari lelaki lain untuk di jadikan ATM kau!"
"Suami orang?"
"Yes, i'm!" Bidas Mu'amil Ridzuwan kembali.
"Wah, lagi I suka! Berpengalaman!"
Ternganga terus Mu'amil Ridzuwan, dia menggeleng beberapa kali.
Parah!.
Rakan-rakannya yang lain juga terkejut malah ada yang suka.
"Kau ni memang gila! Jangan cuba-cuba nak goda aku atau nak tundukkan aku! Aku tak akan tunduk dengan perempuan macam kau! Kalau ya pun hanya sebagai pemuas nafsu!"
Elena Marzuien tersenyum seraya memakai kembali cermin mata hitamnya, perlahan bergerak ke arah Mu'amil Ridzuwan.
Walaupun lelaki itu lebih tinggi dua jengkal darinya tapi dia tetap santai mendekat.
YOU ARE READING
[C] | Dia Ambil Hatiku |
RomanceKerana satu pertaruhan Elena Marzuien terperangkap di dalam sebuah hubungan dengan suami orang, taruhan yang bernilai hampir setengah juta itu disahut dengan berani. "gila! taruhan memakan maruah diri!"- Elena Marzuien. "menang, kau dapat bahagian k...