Seperti yang selalu di ucapkan oleh wanita itu.
'see you next time '
Dan dia benar-benar datang untuk mengacau segala-galanya.
"Awak ni tak faham bahasa ke? Saya tak nak awak kacau saya!" Ridzuwan berjalan laju supaya Elena Marzuien tak mengejarnya.
"Wait! You! Tunggulah! Kaki I sakit ni!" Elena masih tidak mengalah.
Demi pertaruhan itu dia sanggup.
Demi apa juga dia ingin menang pun tak tahu, duit? Rasanya dia sendiri juga berharta.
Keseronokan! Ya, hanya demi keseronokan.
Mu'amil Ridzuwan tidak hiraukan teriakan itu, kakinya terus sahaja melangkah.
"You!"
"Ridz!"
Serentak Elena dan Ridzuwan berpaling pada suara itu, wajah Ridzuwan pucat lesi.
Terus kepalanya mencari kelibat Elena.
Tak ada!
Ridzuwan menukar riak wajah setenang mungkin.
Kembali pandang wanita yang menghampiri dirinya dengan wajah santai.
"Aira..."
"Abang nak ke mana?" Aira Amisya bertanya.
"Abang baru lepas jumpa kawan tadi!" Senada sahaja ton nya.
Malas.
"Dah habis jumpa ke?"
"Dah! Kenapa?"
"Saja! Ingat nak ajak makan, alang-alang boleh hantarkan saya balik!"
"Aik, Aira pergi mana tadi? Kenapa tak naik kereta?"
"Aira keluar dengan Mimi dan Zain tadi, pergi mall, saja jalan-jalan! Aira malas bawa kereta so, Aira Naik dengan diorang je lah!"
"Dah tu kenapa Aira Kat sini?"
"Tadi saya pergi kedai emas, saja tengok gelang untuk mak long"
Ridzuwan membuat muka menyampah apabila mendengar nama itu di sebut.
"Nanti kita pergi tengok gelang ye, hari lahir Mak long dah nak dekat ni!"
"Tengoklah nanti!"
"Hmm....tak apa lah, jom kita pergi makan, dah lapar!" Aira Amisya mendahului Ridzuwan yang kembali melihat ke belakang.
Cuba mencari kelibat wanita yang mengejarnya tadi.
'mana dia pergi?'
Elena Marzuien melihat dua pasangan itu dari jauh, entah kenapa dia bersembunyi, dia pun bingung.
Tapi melihat dari cara mereka berdua, dia yakin wanita yang bertudung itu mesti isteri lelaki itu.
"Aku bukan penghancur rumah tangga orang! Aku cuma nak benih laki dia sahaja! Bila semua ni selesai maka, semua kembali seperti biasa" Elena bergumam sambil memasukkan gear kereta.
Ridzuwan meletakkan keretanya di sudut jalan, kafe yang selalu menjadi tempat dia makan bersama kawannya menjadi tujuan.
"Terima kasih abang belikan Aira tudung ni, cantik sangat! Ni buat Aira sayang ni!"
Mu'amil Ridzuwan memutarkan matanya ke atas.
'puji bila nak sesuatu!'
"Hmmm.... dah jom!" Ridzuwan keluar dahulu menunggu di luar kereta, mata ligat melihat suasana di jalanan.
YOU ARE READING
[C] | Dia Ambil Hatiku |
RomanceKerana satu pertaruhan Elena Marzuien terperangkap di dalam sebuah hubungan dengan suami orang, taruhan yang bernilai hampir setengah juta itu disahut dengan berani. "gila! taruhan memakan maruah diri!"- Elena Marzuien. "menang, kau dapat bahagian k...