Elena letakkan anak sulungnya dalam baby cot setelah diberi susu, wajah si sulung sangat mirip dengan Ridzuwan, tiada satu pun berkurangan, lain dengan nombor dua yang mengikuti mata, hidung dan kening sahaja sedangkan yang bongsu separuh dia separuh ayahnya.
Mengingatkan lelaki itu, bibir melengkung sempurna.
Apa khabar suaminya di sana, entah merinduinya atau tidak.
'i really miss you Bie....' ucapan yang hanya terluah di dalam hati.
Teringat Trisya Amalina, dia ambil telefon lalu menghantar mesej.
'Tris! My son's was born today!'
Lama juga dia tunggu kawannya itu balas mesej dia.
'good news dear but I have something to tell you! and this thing is very important!'
'what?'
Aira Amisya tidak berhenti memaki hamun Mu'amil Ridzuwan yang hanya diam tidak berkutik.
"Kenapa dengan kau ni ha? Aku datang sini sebab nak tebus dosa aku dekat kau! Aku nak kau semula! Kau faham tak? Kenapa susah sangat kau nak terima aku? Aku ni jahat sangat ke?" Satu lagi gelas yang dipegang dihempas kuat ke atas lantai.
Keadaan rumah yang seperti tongkang pecah, kaca bertaburan di merata tempat dan kertas yang berkecamuk merata.
"Kalau kau tak nak kahwin balik dengan aku, kau tanda tangan dekat sini! Susah sangat kan kau nak bagi aku duit? Okey! Lepas ni aku tak minta dah! Cuma aku nak kau tanda tangan dekat sini!" Kertas dan pen di letakkan di hadapan Ridzuwan yang hanya menayang riak kosong.
"Cepatlah!!!!" Jerkah Aira tanpa peduli pada Puan Aminah yang sedari tadi hanya menonton.
Tetapi Ridzuwan masih sama, diam seperti patung, pandangan hanya lurus ke depan.
"Kau ni betul-betul menyusahkan lah! Kalau aku tahu kau akan gila, sumpah aku tak kan biar kau ceraikan aku, biar semua harta kau jadi milik aku!! Tak payah susah-susah aku nak paksa kau macam ni! Buat penat badan je! Cepatlah! Nanti mama kesayangan kau balik pula! Habis rosak plan aku!" Pen tadi di ambil lagi dan tarik kasar tangan Ridzuwan letakkan pen tadi lalu ditolak kasar pada kertas tadi.
Sama, lelaki itu diam lagi.
Aira Amisya hilang sabar menghadapi orang tiada perasaan seperti Ridzuwan, dia dekati Ridzuwan, api kemarahan memaksa dia untuk menjambak rambut yang sudah panjang itu dan di goyang kasar.
"Kau dengar tak! Aku suruh kau tanda tangan! Susah sangat ke? Ha! Aku nak kau serahkan semua harta kau dekat aku! Kau tak faham ke?" Sekali lagi kepala itu di goncang kasar dan ditolak sehingga lelaki itu jatuh ke lantai.
"Kau ambil pen ni! Kau ambil! Kau tanda tangan!!!!!" Jerit Aira melepaskan amarahnya.
Perlahan tangan yang tadi kaku menyentuh pen dan dipegang erat lantas dia melorekan tinta di atasnya, terbentuk sempurna tanda tangannya.
Aira Amisya bentukkan senyuman.
"Haa....kan bagus macam ni, kalau dari awal kau ikut je cakap aku mesti kau tak kena macam ni!" Kertas tadi di capai lalu di simpan dalam beg tangannya.
"Okey lah my Ex husband, terima kasih ya untuk segalanya, lepas ni mungkin kita tak akan jumpa dah! Tak apalah kalau potongan gaji kau aku tak dapat, asalkan aku dapat semua harta kau" sambil itu kaki di bawa menuju pintu.
"Ibu jom!" Puan Aminah juga berlalu tanpa mengeluarkan apa-apa perkataan mahupun kata maaf.
"Kayalah aku lepas ni!" Kereta milik Ridzuwan, BMW putih di pandang bangga. Teringat lagi satu kereta Mercedes benz yang pernah dia lihat, mesti kereta itu milik lelaki itu kan.
YOU ARE READING
[C] | Dia Ambil Hatiku |
RomanceKerana satu pertaruhan Elena Marzuien terperangkap di dalam sebuah hubungan dengan suami orang, taruhan yang bernilai hampir setengah juta itu disahut dengan berani. "gila! taruhan memakan maruah diri!"- Elena Marzuien. "menang, kau dapat bahagian k...