Hari ini adalah hari yang membuatkan jantung Elena berdebar kuat kerana bakal menukar status dari bujang ke isteri orang.
Ditiup-tiup tangan yang terasa berpeluh, Mak andam dan stylist tudung turut kelam kabut ke sana ke mari.
Dengan Trisya dan juga Salene yang tidak habis-habis berfoto sana sini menambahkan lagi suasana riuh.
"Pengantin lelaki dah sampai woii...." Bada salah seorang pengapit pengantin dan juga salah seorang rakan sekerjanya datang dengan kalut.
"Handsome nok laki kau!! Fuh.....untung badan..." Bada datang bersama wajah gatal.
"Malam ni jangan lupa ganyang dia cukup-cukup tau....hahahha...." Usik Bada yang merupakan bangsa Iban Sabah itu.
"Kau ni!" Elena tengah gugup, dia mengusik pula.
Tegurannya mengundang ketawa mereka semua.
"Weyh, lelaki itu lelaki yang kau game tu kan?" Soalan Salene membuat semua menatap dan menunggu jawapan dari Elena.
"Eeeyyy....korang ni! Ye lah! Lelaki tu yang aku game dulu, tapi tak sangka pula tersangkut!"
"Hah? Serious laa....dah tu dia tahu ke kau game dia dulu?"
Elena Marzuien angguk mengiyakan.
"Perghh....macam tu je dia maafkan kau? Banyak beruntung ehh kau kali ni" Quinee yang merupakan salah seorang tulang belakang syarikat mereka turut mengusik.
"Ish, korang ni! Sudahlah! Aku ketar ni!"
"Hahahahaha.....ketar kenapa? Nak kahwin kan?"
"Ye lah! Aku gugup ni! Mesti ramai kan dekat luar tu...."
"Nama pun kahwin bukan raya.....kau ni, dah jom diorang dah tunggu tu!" Trisya Amalina bangun lalu membantu Elena untuk bangun.
Sampai sahaja di ruang akad nikah semua mata terarah pada mereka, Elena yang berbaju kurung putih dipadan dengan tudung warna senada membuatkan hati bakal pengantin lelaki makin berdebar-debar.
Puan Marleen tersenyum ramah pada Elena yang baru beberapa hari lepas dia jumpa, wanita itu ramah dan membuatkan dia tertarik dengan wanita itu adalah cara pemikirannya yang sangat matang.
Mu'amil Ridzuwan memejam mata, hatinya berat untuk lakukan semua ini, hati berperang tidak mahu keadaan makin parah tetapi ego menepis.
'mampu ke aku tengok dia sedih?'
'jangan bagi muka Ridz....dia pernah tinggal kau, buat kau sakit hati, buat kau menderita, kau tak ingat?'
'jangan Ridz....dia buat macam tu bukan sebab dia tak sayang kau tapi untuk beri ruang dekat Aira.....'
'arghhh....sama je, akhirnya dia tetap tinggalkan kau kan?'
Dua suara selang seli menguasai fikirannya.
Sehinggalah suara tok kadi menyedarkan dirinya yang sedang berperang."Okey, encik kita mulakan sekarang ya?" Ridzuwan angguk.
Dengan sekali nafas, kini Elena Marzuien sah menjadi milik Mu'amil Ridzuwan.
Semua berjalan lancar dari sarung cincin sehingga fotoshot semuanya tanpa gangguan suara-suara yang asyik menghuni dirinya sejak bertemu dengan Elena.
Ego dan dirinya!.
Sepanjang semua sesi itu berjalan, Ridzuwan menjadi dirinya, senyuman menghiasi wajahnya, rasa bahagia membuatkan dia lupa dengan semua rancangannya sebelum ini.
Elena berjaya buatkan hatinya lembut dan lunak, semua tentang wanita itu ingin dia miliki.
"Jom balik, dah lewat ni sayang....tak letih ke?" Tanya Ridzuwan apabila melihat Elena yang asyik bergambar dengan kawan-kawan yang lain.
YOU ARE READING
[C] | Dia Ambil Hatiku |
RomanceKerana satu pertaruhan Elena Marzuien terperangkap di dalam sebuah hubungan dengan suami orang, taruhan yang bernilai hampir setengah juta itu disahut dengan berani. "gila! taruhan memakan maruah diri!"- Elena Marzuien. "menang, kau dapat bahagian k...