Aira Amisya mengelamun mengingatkan kata-kata bekas kakak iparnya, Marwina Radea sebentar tadi.
"Anak?" Mata bengkak yang menahan tangis membuatkan sesiapa saja takut untuk melihat.
"Kenapa boleh ada anak pula? Kan dia mandul?" Aira seakan tidak terima bila berita itu sampai di telinganya.
"Kalau perempuan tu mengandung, kenapa aku tak mengandung? Sepuluh tahun aku kahwin dengan dia, tak kan satu benih dia pun tak berhasil?"
Nak kata gila, author kata dia tak gila.
"Ke aku yang man...." Kepala terteleng kiri kanan menidakkan fikiran otaknya.
"Tak!!! Aku tak mandul! Aku rasa mesti perempuan tu tidur dengan jantan lain lepas tu mengaku anak Ridz...ya! Aku rasa macam tu!" Mantap kepala terangguk-angguk mengiyakan.
"Pertama kali aku tengok pun aku tahu perempuan tu mesti spesis yang macam tu, tapi kan aku macam pernah nampak perempuan tu sebelum ni tapi dekat mana ya?" Aira kecilkan mata cuba mengimbau kembali kenangan lalu.
"Haa! Aku dah ingat! Perempuan tu ada dalam kelompok owner kafe malam tu!"
Teringat dia bila ada seorang perempuan merenung mereka dengan riak sedikit terkejut dan galak tidak seperti yang lain mentertawakan dirinya.
Perempuan tu, yang pakai seluar jeans koyak-koyak dan baju tak cukup kain bermotif bunga.
Mula-mula, dia kagum melihat kecantikkan perempuan itu kerana bentuk wajah dan pandangan kuat terhadap mereka.
Rupa rupanya itu adalah tatapan jatuh cinta pada suaminya.
"Cis, murahan!" Aira pejam mata menghilangkan kecantikkan itu dari fikirannya.
"Sekarang ni aku kena fikir cara macam mana nak buat Ridz balik dekat aku! Kalau terdesak sangat jadi nombor dua pun jadilah, at least, Ridz ada tanggungjawab dekat aku...." Kuku jari telunjuk di gigit-gigit.
"Tapi Wina cakap perempuan tu dah blah dari hidup dia jadi, tak ada siapa-siapa lah dekat dengan dia sekarang ni kan? Rasanya aku dah boleh kot buat-buat baik dengan dia...." Senyuman menyeringai di ukir.
"Tapi aku nak pergi sana naik apa? Kereta aku pun dah jual, jauh pula tu, bahaya lah.... Kalau aku minta tolong Ridz dia nak tak ambil aku? Tapi Wina tak bagi aku dekat dengan adik dia...." Bermacam-macam akal dia cuba cari namun, gagal.
"Alah, aku pergi sana buat-buat ambil berat pasal Ridz, kononnya aku menyesal, pergi sana sebab nak minta maaf dan ingin berdamai mesti diorang Okey...."
"Aku cubalah tapi kalau dia tolak macam mana?hmm..."
"Haa....aku bawa ibu, mesti diorang tak sanggup tolak kan? Wah, bijaknya aku....." Aira Amisya tersenyum melihat kepandaiannya mengatur rencana.
Di rumah Encik Rizdan dan Puan Marleen.
"Jangan lupa makan ya Encik Ridz.... Demam ni biasa sahaja, tapi kalau makin melarat terus ke hospital tau! Jangan tunggu-tunggu takut memudaratkan." Pesan Doktor Yusof selaku doktor peribadi Encik Rizdan.
"Baik doktor...." Mu'amil Ridzuwan jawab dengan nada rendah.
"Jangan banyak fikir ya? Nanti kamu makin stress!" Pesanan doktor Yusof di balas dengan anggukan kecil.
"Dato', saya minta diri dulu ya?" Encik Rizdan angguk lalu menemani Doktor Yusof keluar dari bilik Ridzuwan.
Puan Marleen mendekat lantas labuh kan punggung di sebelah anaknya setelah mereka berdua keluar.
"Ridz....jangan banyak fikir ya? Pasal Elena kita serahkan dekat papa, nanti tahulah papa nak buat macam mana...mama janji akan cari Elena sampai jumpa" wajah kusut Ridzuwan di belai kasihan.
YOU ARE READING
[C] | Dia Ambil Hatiku |
RomanceKerana satu pertaruhan Elena Marzuien terperangkap di dalam sebuah hubungan dengan suami orang, taruhan yang bernilai hampir setengah juta itu disahut dengan berani. "gila! taruhan memakan maruah diri!"- Elena Marzuien. "menang, kau dapat bahagian k...