Mu'amil Ridzuwan menggosok-gosok belakang batang tengkuknya membetulkan otot yang sudah lenguh menghadap kerja sepanjang hari, gambar di dalam bingkai yang terletak di hadapannya dicapai.
Gambar kahwin dia dengan Aira, tapi bukan itu yang menjadi perhatiannya tetapi gambar kecil berukuran passport di sebelah kiri itu yang menarik minatnya.
Gambar Elena Marzuien tersenyum manis walaupun itu gambar profesional.
Diusap lembut gambar itu seraya senyuman terukir selebar mungkin.
"Rindu...." Ucapnya lirih.
Lama dia tatap, rasa lega hati bila melihat wajah itu.
Kadang kala dia tertanya-tanya kenapa Elena tidak seperti wanita lain di luar sana, selalu jika begini mesti wanita simpanan akan tidak sabar untuk menayangkan hubungan mereka sehingga sanggup bertemu dengan isteri pertama menunjukkan betapa serasi nya mereka.
Tetapi, Elena Marzuien seorang yang sangat pedoman, dia sedaya upaya menyorokkan hubungan ini, mungkin dia takut dicop sebagai perosak rumahtangga orang tetapi dia tidak berfikiran seperti itu .
Dia menganggap Elena pendamai hidupnya.
Makin lama mengenangkan wajah itu makin dia diasak rasa rindu, Elena pernah berpesan pada dia dahulu.
'isteri you Aira Amisya bukan Elena Marzuien! I nak you lebihkan isteri you dari I! Besarkan rindu dan cinta pada dia lebih dari I! Lebihkan kelebihan dia dari I! Sebab sampai bila-bila pun I tak mampu lawan kelebihan dia! Jangan sesekali tinggalkan dia untuk I! I boleh tanpa you! Tapi dia? Maybe not! I orang luar yang hanya menumpang kasih you! Jadi, tempat sebenar you dekat dia! Tapi I juga tak halang you nak datang dekat I! Just one I want, apa-apa pun I nak you lebihkan dia dari I! That's all!'
Sesungguhnya, dia rasa sangat berat tapi dia faham kenapa wanita muda itu melakukan perkara ini, dia juga wanita tiada wanita dalam dunia ini suka di duakan.
Kadang kadang dia rasa Elena lebih matang dari Aira yang sudah berganjak angka tiga siri itu.
Kematangannya membuatkan Ridzuwan lebih selesa dengan kehadirannya.
Pelipis mata dipicit-picit, kembali letak bingkai itu, dia sedia bangun.
Ambil semua barang keperluannya lalu terus keluar untuk pulang.
'selama I tak ada, I nak you balik rumah isteri you!'
Keluhan dilepaskan, jika tidak ingat cinta di hati memang dia tak peduli dengan ucapan itu tetapi tidak sanggup dia untuk hampakan harapan wanita yang akan dia sunting suatu hari nanti.
Mahu tidak mahu, kereta dipandu menuju ke rumahnya.
Terkemut-kemut dia bawa kereta kerana rasa malas yang menimpa-nimpa di dalam hati, walaupun rumah dengan tempat kerja hanya ambil masa dua puluh minit.
"Harap aku boleh tidur dengan lena hari ni!"
Krak!.
Brek tangan di tarik seraya mata memandang pintu utama.
Matahari sudah pun malu menunjukkan wajah, melihat ke arah jam tujuh setengah, rumah masih suram.
Buka sahaja pintu wajah tegang Aira menyapa indera matanya, kening terangkat, perlahan pintu di katup rapat.
Selangkah dua langkah, wajah itu masih lagi sama, dalam hati sudah tahu mesti ada benda yang tidak kena.
"Baru balik?" Kaki digam ke lantai.
Tarik nafas, wajah Aira dipandang.
"Hmmm....kenapa?" Aju soalan.
Aira Amisya merengus kasar.
YOU ARE READING
[C] | Dia Ambil Hatiku |
RomanceKerana satu pertaruhan Elena Marzuien terperangkap di dalam sebuah hubungan dengan suami orang, taruhan yang bernilai hampir setengah juta itu disahut dengan berani. "gila! taruhan memakan maruah diri!"- Elena Marzuien. "menang, kau dapat bahagian k...