Bab 24

5.8K 127 4
                                    

Seminggu berlalu, setelah pergaduhan antara mereka suami isteri, Aira Amisya masih dengan egonya, mengelak dari bertemu dengan Ridzuwan.

Nampak sahaja wajah suaminya mesti kaki laju menapak jauh atau mengelak dari bertemu, kononnya merajuk.

Padahal, Mu'amil Ridzuwan tidak peduli pun, yang dia tahu kerja dan Elena. Pagi selepas subuh dia keluar malam pukul sembilan sepuluh baru dia balik, itupun terus masuk ke dalam bilik tetamu.

Jangan katakan begitu, makan sahaja dia makan di luar atau lebih tepat di rumah Elena.

Dia bukan tidak perasan perubahan Aira tetapi dia pilih menangkan juga egonya.

Jika terus asyik mengalah memang kena pijaklah kepala dia gamaknya.

Kadang-kadang dia juga perlu beri pelajaran pada wanita itu supaya wanita itu tahu harga sebuah hormat dan menghargai itu sangatlah tinggi.

Seperti pagi ini, Aira yang sedang duduk di meja makan langsung tidak mempelawa dia yang baru sahaja masuk ke dapur menuju ruang cuci baju, dibiarkan sahaja suami sendiri menguruskan semua keperluannya.

Hanya jelingan menghantar setiap langkahnya yang kalut mendapatkan apa yang dia inginkan.

Beberapa saat kemudian dia keluar bersama sarung kaki yang masih belum dibasuh di tangan.

Aira hanya diam menunggu pertanyaan dari dirinya. Namun, sia-sia bila Ridzuwan terus menapak keluar dari dapur ke ruang tamu.

Hati mula gundah gulana melihat sikap tidak peduli suaminya, segera dia bangun membuntuti si suaminya.

Di ruang tamu terlihat Ridzuwan yang terbongkok-bongkok memakai kasut kerja.

"Pakai stoking tak basuh ke?" Ridzuwan panggung kepala seraya tangan mengikat tali kasut.

Kembali tunduk kepala, lelaki itu meneruskan aktivitinya sehingga selesai.

Aira Amisya telan air liur, patut dia yang merajuk tapi kenapa suaminya pula yang merajuk?.

"Dengar tak?" Beranikan diri untuk bertanya lagi, tidak mahu banyak persoalan lagi dalam benaknya.

"Hmmm...." Selesai pakai terus Ridzuwan capai beg laptop dan melangkah keluar.

Aira terbeliak seketika, hati rasa geram kerana diabaikan, tanpa membuang masa dia berlari sekuat tenaga ke luar rumah.

Elok tubuh membuka pintu dari dalam kereta suaminya sudah meluncur laju meninggalkan dia yang terkedu sendirian.

"Dia pergi macam tu je? Tak salam aku pun!" Aira rasa blur dengan keadaan yang sedang dia lalu sekarang, pelik pun ada.

Aira Amisya duduk di ruang tamu sambil memikirkan keadaan mereka yang semakin jauh dari jalan asal.

"Melampau sangat ke apa aku buat ni? Aku bukan buat apa pun just nak dia pujuk aku je, teruk sangat ke permintaan aku tu?" Tak sedar ada embun mula memenuhi ruang mata.

"Dan kenapa pula dia yang berubah dingin? Selalu dia tak macam ni.... walau marah macam mana pun mesti akan jawab juga apa aku tanya.... Atau dia tetap mengalah untuk aku...."

Ditambah tadi renungan mata Ridzuwan pada dia seakan kosong dan mati tidak berseri seperti selalu.

"Dia marah aku tak sambut dan tak salam dia ke sebelum ni? Tapi kan memang dari dulu pun aku dah tak sambut dia balik kerja tapi dia tak kata apa pun" tangan disilang pada dada.

"Pasal baju tu memang aku saja tak nak basuh, aku nak dia membebel kat aku macam dulu! Nak buat dia bercakap dengan aku!" Hati terasa pelik dengan situasi sekarang.

[C] | Dia Ambil Hatiku |Where stories live. Discover now