Bab 22

5.5K 128 8
                                    

Beg kertas besar yang terletak elok di bahagian tempat letak kaki bahagian belakang dipandang lama.

'apa tu?'

'kenapa letak dekat situ?'

Tangan di panjangkan ke belakang ingin mencapai beg kertas itu, mata meniti tulisan di beg itu.

B&C Collections.

Jenama terkenal bumiputera setaraf dengan jenama terkenal luar negara yang lain.

Tanpa membuang masa terus tangan dia membuka beg tersebut, terpana dia melihat keindahan rekaan bentuk beg tangan yang sangat berkualiti lebih-lebih lagi warna dan manik-manik mahal terletak elok di situ.

"Kenapa beg ni ada dekat sini?"

"Abang beli untuk siapa?" Tertanya-tanya juga dia dan akhirnya sebuah senyuman muncul di bibirnya.

"Selasa ni kan hari jadi aku mestilah dia beli beg ni untuk aku sebagai hadiah hari jadi! Macam manalah aku boleh lupa" Aira tersenyum sendiri.

"Romantik juga suami aku ni walaupun dah tak macam dulu-dulu!"

Namun, dalam sekejap senyumannya hilang bila teringat sesuatu.

"Tapi kenapa dia sorok dekat sini?"

"Ke dia nak buat kejutan untuk aku? Wah, sweet nya! Tak pe kita tunggu dia bagi sendiri, aku kena berlagak tak tahu apa-apa!"

Beg kertas tadi di letakkan kembali di tempat asal, senyuman masih menghiasi wajahnya.

"Nanti boleh tunjuk dekat mak long dengan keluarga dia tu." Kening diangkat berkali-kali tanda bangga.

Wajah Ridzuwan yang baru muncul dari balik pintu tandas stesen minyak dipandang biasa-biasa, tak nak terkantoi.

Masuk dalam kereta, dengan santai stereng kereta dipulas lembut masuk ke jalan raya.

Aira Amisya disebelah mengulum senyum tanda bahagia dengan lelaki di sebelahnya, walaupun tak di lihat oleh Ridzuwan.

"Lepas ni abang nak pergi mana?" Seketika Aira bertanya kerana hatinya yang sedang berbunga.

"Pergi pejabat! Ada kerja nak buat!"

Tarik muncung kononnya merajuk.

"Lama ke?"

"Tak tahu! Sebab malam nanti nak ke rumah mama kejap!"

"Aik? Pergi sana buat apa?"

"Hantar barang!" Pendek.

"Owh!" Mulut membentuk bulat seraya mengangguk.

"Kenapa? Nak ikut?"

"Tak! Malas!" Tak sedar jawapan itu Ridzuwan tersentak.

Aira Amisya masih berlagak tenang.

"Okey!" Agak kasar perkataan itu keluar.

Aira Amisya disebelah tidak ambil pusing.

Mu'amil Ridzuwan mendiamkan diri, tidak mahu berborak, hati yang terasa dibiar membengkak.

Hina sangat nampaknya keluarga dia pada mata Aira sehinggakan sanggup berkata begitu di hadapannya sendiri.

Perjalanan mereka tampak sangat laju di mata Aira tapi tidak dengan Ridzuwan yang terasa amat lama berada di dalam kereta itu.

Lima minit kemudian, kereta berhenti di hadapan rumah banglo mereka, Ridzuwan hanya berhenti di luar pagar, Aira mengerut dahi.

"Masuklah dalam abang! Panas ni!"

"Abang ada kerja! Nak cepat!" Tegas.

"Alah, abang ni!" Rungut Aira sedikit geram.

[C] | Dia Ambil Hatiku |Where stories live. Discover now