Bab 9:Pertaruhan Nyawa

4 1 0
                                    

Hairul tahu dia tiada pilihan lain. Dengan cepat , dia mengeluarkan beg yang mengandungi barang yang diminta Jep. "Beri aku Mia dulu dan aku akan bagi kau barang tu!" Hairul berkata dengan nada penuh harapan.

Jep mengangguk, tetapi dengan nada sinis."Baiklah, tapi campakkan barang tu dulu" Jep berkata sambil tersenyum lebar, menikmati setiap saat ketegangan itu.

Hairul, dalam keadaan tertekan, meletakkan beg tersebut di atas lantai. Jep segera mengarahkan salah seorang pengikutnya untuk mengambil beg tersebut dan memeriksanya.

Selepas itu, Jep memandang Hairul dengan senyuman kejam. "Sekarang, Mia!" katanya sambil mengarahkan salah seorang lelaki untuk membawa Mia ke arah Hairul. Namun, apabila lelaki itu menyerahkan Mia, Jep dengan kejam menarik Mia dan campak dia ke lantai dengan kasar.

Mia jatuh di atas lantai dan menjerit kesakitan sambil memegang perutnya. Hairul dapat melihat darah mula keluar dari luka-luka kecil di badan Mia, dan hatinya terluka melihat keadaan isterinya. Hairul berlari kearah Mia, cuba untuk membantunya. "Mia!" jerit hairul, sambil memandang jep dengan kemarahan yang membara. "Apa yang kau buat ni?!"

Jep hanya ketawa sinis. "Hahaha, aku cuma suka melihat bagaimana kau bertindak dalam situasi seperti ini, Hairul. Kalau kau nak mereka selamat, kau kena berikan aku segalanya yang aku mahu".

Hairul segera memeluk Mia cuba untuk memberi sokongan kepada isterinya. "Sayang, awak okey?!" tanya Hairul dengan nada cemas.

Mia memandang Hairul dengan mata yang penuh kesakitan dan ketakutan. "Saya... saya okey, tapi Haikal"

Hairul melihat kearah Haikal yang masih berada di sisi Jep. "Haikal" kata Hairul dengan nada perlahan.

Sambil memegang Mia dengan hati-hati, Hairul memandang Jep dengan tekad yang lebih besar. "Aku dah beri kau barang yang kau nak! Sekarang, lepaskan keluarga aku dan biarkan kami pergi!"

Jep memandang Hairul dengan senyuman jahat. Kau ingat kau boleh terlepas? Tak semudah itu Hairul". Aku masih ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan sebelum kau dan keluarga kau bolej pergi".

Hairul merasa kecewa, tetapi dia tahu dia perlu terus berjuang untuk keselamatkan keluarganya. Dia berdoa agar adik-adiknya akan tiba dan bersedia untuk bertindak, memastikan situasi ini tidak bertambah buruk.

My Big FamilyWhere stories live. Discover now