Bab 45:Kasih Sayang yang Abadi

2 1 0
                                    

Sesampainya di rumah, Haikal merasa keletihan yang luar biasa. Setelah menghabiskan masa di kubur ibunya, emosinya terasa berat. Tanpa berfikir panjang, dia merebahkan dirinya di atas sofa di ruang tamu, dan dalam sekejap sahaja dia terlelap.

Di tengah malam, Hairul terjaga dari tidurnya. Ada sesuatu yang membuatnya tidak dapat tidur dengan lena. Dia turun ke ruang tamu untuk mengambil angin dan menenangkan fikiran. Namun, langkahnya terhenti apabila dia melihat Haikal yang tertidur di sofa.

Dengan langkah yang lembut, Hairul mendekati anaknya. Dia duduk di tepi sofa dan memandang wajah Haikal yang tenang dalam tidur. Dengan penuh kasih sayang, Hairul mengusap kepala Haikal, mengingatkan dirinya pada masa-masa dahulu ketika Mia selalu melakukan perkara yang sama.

"Hmm... ni kalau Mama ada, mesti Mama risau tengok Haikal tidur kat sofa," bisik Hairul perlahan sambil tersenyum, mengenangkan bagaimana Mia selalu bimbang tentang keselesaan anak-anak mereka. Hairul ketawa kecil, namun dalam ketawa itu, ada juga perasaan hiba yang sukar diungkapkan.

Hairul kemudian mengambil selimut yang terlipat di hujung sofa dan menutupkannya pada Haikal. "Tidurlah dengan lena, nak. Ayah akan jaga semuanya," kata Hairul perlahan sebelum berdiri semula.

Dia berdiri sejenak, memandang Haikal dengan penuh kasih sayang dan kerinduan. Kehilangan Mia memang meninggalkan kesan mendalam pada mereka, tetapi Hairul tahu bahawa dia harus kuat, untuk Haikal, untuk Lily, dan untuk memori Mia yang tetap hidup dalam hati mereka.

Dengan langkah perlahan, Hairul meninggalkan ruang tamu dan kembali ke biliknya, membawa bersama rasa cinta dan tanggungjawab yang semakin mendalam terhadap anak-anaknya.

My Big FamilyWhere stories live. Discover now