Bab 48:Topeng Kebaikan yang Retak

1 1 0
                                    

Hairul telah memikirkan perkara ini dengan teliti. Suatu hari, setelah makan malam bersama anak-anaknya, dia mengambil nafas panjang dan memandang mereka dengan serius.

"Ayah nak cakap sesuatu dengan kamu berdua," katanya perlahan. "Ayah dah fikir panjang tentang ini. Ayah rasa... mungkin dah tiba masa untuk kita ada seseorang yang boleh bantu jaga kita. Apa pendapat kamu kalau ayah ada calon isteri baru? Ibu tiri untuk kamu berdua."

Lily yang sedang bermain telefon bimbit di tangannya berhenti seketika. Dia kelihatan agak terkejut, malah ada sedikit perasaan tak selesa di wajahnya. Namun, dia cepat-cepat menyembunyikannya. "Lily rasa... kalau itu buat ayah bahagia, Lily setuju."

Haikal, yang sentiasa cuba bersikap matang sejak kematian Mia, mengangguk perlahan. "Kalau ayah rasa itu yang terbaik, Haikal sokong. Kita berdua nak tengok ayah gembira."

Hairul tersenyum, lega mendengar jawapan dari anak-anaknya. Seminggu kemudian, Hairul memperkenalkan mereka kepada seorang wanita bernama Aini.

Dia seorang yang lembut dan penyayang, dan walaupun Lily pada mulanya agak keberatan, dia berusaha untuk menerima Aini sebagai ibu tirinya, mengetahui bahawa ayahnya hanya mahukan kebahagiaan dan sokongan dalam hidup mereka.

Beberapa bulan berlalu, kehidupan mereka semakin membaik dengan adanya Aini di samping Hairul. Namun, untuk Lily, dia masih tidak boleh menerima Aini sebagai ibu barunya. Suatu hari, ketika Hairul keluar untuk sementara waktu dan Haikal berada di dalam biliknya, Lily sedang melakukan aktivitinya sendiri. Tiba-tiba, Aini datang kepada Lily sambil berkata dengan nada kasar, "Mana abang kau?"

Lily, yang terkejut dengan nada Aini, menjawab, "Dalam bilik."

Aini kemudian berkata dengan nada sinis, "Apa kata daripada kau duduk sini, anggap aku ni macam orang gaji kau, baik kau pergi kemas bilik aku." Di hadapan Hairul, Aini sentiasa berpura-pura baik, tetapi di belakangnya, dia menunjukkan sifat sebenarnya.

Lily merasa terkejut dengan nada kasar Aini, tetapi dia tetap diam dan mematuhi arahan. Dalam hatinya, dia semakin tidak selesa dengan kehadiran Aini, namun dia tidak mahu menambah masalah dalam keluarganya. Lily perlahan-lahan menuju ke bilik Aini untuk mengemas, sambil memikirkan bagaimana untuk menghadapi situasi ini tanpa menyakiti perasaan ayahnya.

Di bilik Haikal, dia terdengar bunyi dari luar dan menjadi curiga. Haikal keluar dari biliknya dan melihat Lily berjalan dengan wajah sedih. Haikal bertanya, "Lily, kenapa ni? Kau okay?"

Lily hanya menggeleng dan berkata, "Tak ada apa-apa, abang. Lily cuma nak kemas bilik je." Namun, Haikal dapat melihat ada sesuatu yang tidak kena, tetapi dia memilih untuk tidak mendesak Lily.

Setelah Lily masuk ke bilik Aini, Haikal kembali ke biliknya, tetapi perasaan tidak sedap hati terus menghantuinya. Dia mula curiga terhadap Aini, namun dia masih belum mempunyai bukti yang kukuh untuk menyatakan keraguannya kepada ayah mereka.

My Big FamilyWhere stories live. Discover now