Keesokan harinya, ketika tengah hari, mereka semua berkumpul di meja makan. Suasana awalnya agak tenang, dengan Mia dan ibunya berbual tentang hal-hal rumah tangga.
Lily kelihatan ceria, sesekali menyuapkan makanan ke mulutnya sambil berbual kecil dengan Haikal. Namun, ketenangan itu mula berubah
Ketika mereka sedang makan tengah hari, abah Mia tiba-tiba mengalihkan perbualan ke arah Haikal.**Abah Mia:** (dengan nada tegas) Haikal, kau jangan jadi macam bapak kau pula. Kerja tinggalkan anak, lepas tu harapkan isteri jaga semuanya!
Haikal terdiam, tidak tahu bagaimana untuk menjawab. Dia terasa benci, tapi dia juga tidak mahu membantah kata-kata atuknya. Mia dan Hairul berpandangan, jelas terasa dengan kata-kata tersebut. Mia cuba menenangkan keadaan dengan memandang suaminya, sementara Hairul hanya mampu menghela nafas panjang.
**Mia:** (dengan nada lembut) Abah, Haikal masih budak lagi. Tak elok cakap macam tu depan dia.
**Abah Mia:** (masih dengan nada kesal) Budak pun, dia kena tahu! Jangan ikut jejak bapak dia yang kerja tak tentu hala, tak ada masa untuk keluarga.
Suasana di meja makan menjadi tegang. Haikal hanya mampu menunduk, merasa semakin benci mendengar perbualan itu. Hairul, walaupun marah, cuba untuk tidak menunjukkan perasaannya di depan anak-anak.
Selepas itu, makan tengah hari diteruskan dalam suasana yang sunyi, dengan hanya bunyi pinggan mangkuk yang kedengaran. Mia merasa sangat tidak selesa, dan dia tahu suaminya juga terasa hati. Namun, Hairul tetap berusaha untuk tenang, demi menjaga keharmonian keluarga.
YOU ARE READING
My Big Family
FanficIni adalah kisah tentang sebuah keluarga besar yang terdiri daripada tujuh adik-beradik lelaki, semuanya merupakan anggota Pasukan Khas Laut (PASKAL), unit elit dalam angkatan tentera laut Malaysia. Abang sulung, Hairul, yang dihormati dan disegani...