Beberapa minggu berlalu, Haikal dan keluarganya sedang berbincang tentang percutian keluarga yang dirancang. Mereka akhirnya memutuskan untuk pergi ke sebuah homestay dan bercuti bersama untuk beberapa minggu. Bukan sahaja keluarga Haikal, tetapi juga adik-beradiknya yang lain turut serta dalam percutian ini. Semua orang sangat teruja, terutama sekali Haikal dan Lily, yang tidak sabar untuk menghabiskan masa bersama sepupu-sepupu mereka.
Beberapa hari selepas tiba di homestay, suasana riang itu sedikit terganggu apabila Lily dan sepupu-sepupu perempuannya-Tricia (Cici), Gemma (Gem), Eva, Leah, Diana (Dina), dan Sophie-mula bergaduh tentang bilik yang mereka kongsi. Pergaduhan itu tercetus kerana masing-masing tidak selesa dengan pasangan sebilik mereka. Suasana menjadi tegang apabila mereka mula berbalah tentang siapa yang patut berpindah ke bilik lain.
Ibu bapa mereka, yang prihatin dengan situasi ini, memutuskan untuk campur tangan. Gemma memberikan cadangan untuk menggambil ujian pasangan untuk bilik baru.
//Beberapa minit kemudian//
Hasil dari keputusan pasangan bilik baru ialah,Lily kini sebilik dengan Eva, Cici dengan Leah, Gemma dengan Dina, manakala Sophie tinggal sendirian di bilik lain. Pada mulanya, semua orang kelihatan puas hati dengan susunan baru ini, dan keadaan kembali tenang.
Namun, beberapa hari kemudian, Sophie mula merasa kesepian tinggal sendirian. Dia merindui keceriaan dan kebersamaan yang dirasakannya semasa bersama dengan rakan sebilik lama. Akhirnya, Sophie meluahkan perasaannya kepada Gemma.
"Kenapa awak tak bagitahu kami yang awak tak suka tinggal sendirian?" tanya Gemma dengan nada prihatin.
Sophie menghela nafas panjang sebelum menjawab, "Saya tak nak awak semua bergaduh lagi... Awak semua nampak sangat gembira dengan rakan sebilik baru, jadi saya tak nak mengganggu kegembiraan awak semua."
Tanpa disedari oleh Sophie, kakak-kakaknya-Lily, Cici, Eva, Leah, dan Dina-sedang mendengar perbualan itu dari jauh. Mereka terdiam, merasa bersalah kerana tidak menyedari perasaan adik bongsu mereka itu. Kesedihan Sophie menyentuh hati mereka, dan mereka mula menyesal atas tindakan mereka sebelum ini.
Di malam hari, semua sepupu perempuan itu berbincang dan memutuskan untuk kembali kepada pasangan bilik lama mereka. Mereka tidak mahu Sophie merasa tersisih lagi.
//Kebesokkan harinya//
Sophie bangun, tetapi dia terkejut melihat dirinya didalam bilik lamanya, sophie pergi kebilik yang lain dan seperti yang difikirkan semua kembali kepada bilik asal mereka. Sophie membersihkan diri dan menurun tangga untuk bertanya akan hal ini kepada kakak-kakaknya.
"Kakak, kenapa kakak semua kembali kepada bilik asal? Bukan ke kita semua dah tukar?" tanya Sophie, "Haih, kau ingat kau boleh sembunyikan daripada kitaorang?" tanya Lily sebagai kakak sulung. "Ha? Maksud kakak?"bingung sophie.
"Haih.....sophie sophie, takde apa yang kau boleh sembunyikan dalam keluarga yang besar ni" ucap Eva,"Ha'ah, lagipun sebenarnya kitaorang terdengar perbualan kau dengan gemma semalam" Cici berkata dengan nada perlahan.
"Kenapa, kau tak jujur je dengan kitaorang? Aku faham kau taknak kitaorang gaduh lagi tapi itu tak bermakna kau perlu hadap benda ni sorang-sorang","Ingat kau tu adik bongsu kitaorang kebahagiaan kau, kebahagiaan kitaorang juga" ucap Lily dengan lembut.
"Tapi korang masih tak suka pasangan lama korang kan?" tanya Sophie dengan nada bimbang. "Mungkin kitaorang masih sukar untuk terima, tapi walaupun kitaorang dah tak sebilik dengan pasangan baru tapi itu tak bermakna kitaorang tak boleh luangkan masa bersama","Kitaorang masih lagi boleh luangkan masa diluar bilik" Ucap Gemma dengan lembut.
Sophie sangat terharu dengan keputusan mereka. Dia menyedari betapa pentingnya hubungan kekeluargaan dan betapa bertuahnya dia mempunyai kakak-kakak yang sayang padanya.
Dengan perasaan yang lebih gembira dan hubungan yang lebih erat, mereka semua berjanji untuk lebih memahami antara satu sama lain dan berusaha untuk mengelakkan pergaduhan seperti itu lagi.
Kini, mereka semua menikmati percutian mereka di homestay dengan penuh kegembiraan, tanpa sebarang masalah lagi.
YOU ARE READING
My Big Family
FanfictionIni adalah kisah tentang sebuah keluarga besar yang terdiri daripada tujuh adik-beradik lelaki, semuanya merupakan anggota Pasukan Khas Laut (PASKAL), unit elit dalam angkatan tentera laut Malaysia. Abang sulung, Hairul, yang dihormati dan disegani...