Bab 59:Cinta yang Mekar

1 1 0
                                    

Di taman yang indah, di bawah cahaya matahari petang yang lembut, Hairul dan Auni berjalan beriringan di atas jalan berkerikil. Udara sejuk dan nyaman, seolah-olah memberikan ruang yang sempurna untuk berbicara tentang hal-hal yang lebih serius. Hairul, yang sejak tadi berdiam diri, akhirnya mengumpul keberanian untuk bertanya sesuatu yang sudah lama terpendam di hatinya.

"Auni, saya nak tanya sesuatu boleh?" ucap Hairul, suaranya sedikit bergetar, menandakan betapa gugupnya dia saat itu.

Auni menoleh ke arahnya dengan senyuman lembut. "Awak nak tanya apa, Hairul?" jawabnya, memandang Hairul dengan penuh perhatian.

Hairul menarik nafas panjang sebelum bersuara lagi. "Erm... kita dah kenal lama, kan? Dan awak pun dah kenal dan dah tahu tentang saya dan anak-anak saya," katanya perlahan, matanya memandang ke arah tanah seolah-olah mencari kata-kata yang tepat.

Namun, sebelum Hairul sempat meneruskan, Auni memotong percakapannya dengan tenang. "Ya, saya tahu, Hairul. Kita dah lama kenal, dan saya tahu tentang semua masalah yang awak hadapi.

Awak seorang single father, dan saya juga kenal anak-anak awak. Saya masih ingat kali pertama saya jumpa Lily. Dia seorang anak yang baik."

Hairul tersenyum kecil mendengar kata-kata Auni, merasa lega tetapi tetap ada rasa tidak pasti. "Lily memang seorang anak yang baik. Dia dan Haikal adalah dunia saya sekarang.

Saya cuma...," Hairul berhenti sejenak, cuba mencari kata-kata yang tepat. "Saya cuma nak pastikan yang awak faham situasi saya dan tak rasa terbeban."

Auni menghentikan langkahnya dan berpaling sepenuhnya ke arah Hairul. "Hairul, awak tak perlu risau tentang tu. Saya tak pernah anggap awak atau anak-anak awak sebagai beban. Malah, saya kagum dengan cara awak uruskan semuanya. Awak seorang ayah yang hebat."

Kata-kata Auni menyentuh hati Hairul. Dia merasa ada beban besar yang terangkat dari bahunya. "Terima kasih, Auni.

Hairul dengan berani melutut di hadapan Auni, suasana di taman yang damai seakan berhenti sejenak. Mata Auni melebar, tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.

"Auni," kata Hairul, suaranya lembut tetapi penuh dengan ketulusan, "awak adalah wanita yang baik dan juga penyayang. Awak terima diri saya seadanya dan juga anak-anak saya. Auni, sudi tak awak berkahwin dengan saya?"

Auni merasakan air mata mula mengalir di pipinya. Dia terharu dengan keberanian Hairul dan keikhlasan yang terpancar dari matanya. Dengan senyuman yang penuh emosi, Auni mengangguk perlahan, "Ya, Hairul. Saya sudi."

Hairul tersenyum lega dan gembira. Dia segera bangkit dan memeluk Auni dengan penuh kasih sayang. Angin yang sepoi-sepoi bertiup di sekeliling mereka, seakan merestui keputusan mereka. Suasana romantik di taman itu menjadi kenangan yang tidak akan mereka lupakan sampai bila-bila.

Auni meletakkan tangannya di atas lengan Hairul, memberi sokongan dengan caranya yang tenang. "Awak tak perlu bimbang lagi tentang anak-anak. Kita boleh hadapi semuanya bersama-sama."

Hairul memandang ke dalam mata Auni, melihat ketulusan di dalamnya. Dia tahu bahawa Auni benar-benar ikhlas dan bersedia untuk menghadapi segala rintangan yang mungkin datang. Dengan penuh rasa syukur, Hairul mengangguk perlahan.

"Saya sangat menghargai awak, Auni. Saya harap kita dapat bina sesuatu yang baik bersama," kata Hairul dengan nada yang lebih tenang.

Auni tersenyum dan mengangguk. "InsyaAllah, Hairul. Saya pun harap begitu."

Mereka berdua kembali berjalan perlahan di taman itu, dengan perasaan yang lebih ringan dan hati yang lebih terbuka. Langkah mereka mungkin perlahan, tetapi hubungan mereka semakin kukuh, didasari oleh rasa saling memahami dan kasih sayang yang tulus.

My Big FamilyWhere stories live. Discover now