Bab 32:Pertemuan Keluarga

2 1 0
                                    

Suatu hari, Mia sedang sibuk melipat baju di ruang tamu ketika tiba-tiba telefon bimbitnya berdering. Dia melihat nama ibunya tertera di skrin dan dengan cepat menjawab panggilan itu.

**Ibu:** Assalamualaikum, Mia.

**Mia:** Waalaikumusalam, ibu. (Mia tersenyum) Ada apa, ibu?

**Ibu:** Mia tengah sibuk ke sekarang?

**Mia:** Taklah, Mia cuma tengah lipat baju je. Kenapa ibu? (nada lembut)

**Ibu:** Oh, ibu nak tanya... malam ni Mia dengan Hairul sibuk tak?

**Mia:** (Mia terhenti sejenak, memikirkan jadual Hairul) Hmm... Mia kena tanya Hairul dulu lah, bu. Kenapa, ibu?

**Ibu:** Kalau Mia dengan Hairul tak sibuk, ibu nak ajak korang datang makan malam bersama. Dah lama sangat Mia tak balik rumah ibu. Rindu sangat ibu dengan cucu-cucu kesayangan ibu tu. (nada sayu)

**Mia:** (tersenyum) Alah, ibu... InsyaAllah, kalau Hairul tak ada apa-apa malam ni, kami boleh datang. Mia pun rindu nak balik kampung, nak jumpa ibu dan abah. Haikal dengan Lily mesti seronok kalau dapat jumpa nenek dan atuk.

**Ibu:** Alhamdulillah. Ibu harap sangat korang boleh datang. Kalau boleh, bawalah sekali cucu-cucu ibu tu, biar rumah ni riuh sikit. (ketawa kecil)

**Mia:** (ketawa kecil juga) InsyaAllah, ibu. Nanti Mia tanya Hairul dulu. Apa-apa, Mia akan beritahu ibu balik ya.

**Ibu:** Baiklah, Mia. Ibu tunggu berita dari Mia. Assalamualaikum.

**Mia:** Waalaikumusalam, ibu.

Selepas panggilan tamat, Mia duduk sejenak, teringatkan kenangan manis bersama ibu bapanya di kampung. Dengan senyuman di wajah, dia berazam untuk memastikan mereka sekeluarga dapat meluangkan masa bersama malam ini, seperti yang diminta oleh ibunya. Mia kemudian bangkit untuk mencari Hairul, bersedia untuk mengajaknya pulang ke kampung halaman yang penuh dengan kasih sayang dan kenangan.

My Big FamilyWhere stories live. Discover now