Beberapa minggu berlalu dengan cepat, dan akhirnya hari yang dinanti-nantikan pun tiba-hari ulang tahun Haikal. Pagi itu, Haikal bangun dengan perasaan yang luar biasa gembira. Matanya bersinar-sinar, memikirkan sambutan yang akan diadakan bersama keluarganya.
Dia segera melompat dari katil, tidak sabar untuk memulakan hari yang istimewa itu. Setelah mencuci muka dan bersiap-siap, Haikal berlari menuruni tangga dan menuju ke arah dapur, tempat di mana dia dapat mencium bau makanan yang enak sedang dimasak.
Sesampainya di dapur, Haikal melihat pemandangan yang sangat menenangkan. Ayahnya sedang duduk di meja makan, mendukung adik perempuannya yang baru lahir dengan penuh kasih sayang. Mia, mamanya, sedang sibuk memasak sarapan, wajahnya berseri-seri walaupun sibuk menguruskan pelbagai perkara.
Haikal tersenyum lebar, rasa gembiranya semakin bertambah. Dia segera menuju ke arah ayahnya sambil memandang ke arah adiknya yang masih kecil. "Ayah, adik tengah buat apa?" tanya Haikal dengan penuh rasa ingin tahu, sambil cuba melihat wajah adik perempuannya yang sedang tidur lena dalam pelukan Hairul.
Hairul tersenyum dan mengusap kepala Haikal dengan lembut. "Adik tengah tidur, sayang. Tapi nanti dia akan bangun dan Haikal boleh main dengan dia," jawab Hairul dengan nada lembut, merasa terharu melihat kasih sayang Haikal terhadap adiknya.
Haikal mendekatkan wajahnya ke arah adiknya, memerhati dengan penuh rasa sayang. "Selamat pagi, adik," bisik Haikal dengan lembut, seolah-olah tak mahu mengejutkan adiknya yang sedang tidur. "Hari ni birthday abang Haikal!"
Mia, yang sedang mengacau periuk di dapur, menoleh dan tersenyum mendengar kata-kata Haikal. "Selamat pagi, Haikal. Mama dah siapkan sarapan untuk kita. Lepas ni kita makan sama-sama, ya?" katanya sambil memandang ke arah anak sulungnya dengan penuh kasih sayang.
Haikal mengangguk dengan penuh semangat. "Ya, mama! Haikal tak sabar nak sambut birthday dengan semua orang."
Suasana pagi itu terasa begitu sempurna. Dengan keluarga kecilnya yang penuh kasih sayang di sekelilingnya, Haikal merasakan hari ulang tahunnya akan menjadi hari yang paling indah dalam hidupnya. Dia tahu bahawa sambutan hari ini akan penuh dengan kenangan manis yang akan dikenangnya selamanya.
YOU ARE READING
My Big Family
أدب الهواةIni adalah kisah tentang sebuah keluarga besar yang terdiri daripada tujuh adik-beradik lelaki, semuanya merupakan anggota Pasukan Khas Laut (PASKAL), unit elit dalam angkatan tentera laut Malaysia. Abang sulung, Hairul, yang dihormati dan disegani...