Bab 33:Ketegangan

2 1 0
                                    

Dalam perjalanan menuju ke kampung Mia, suasana dalam kereta terasa bercampur baur dengan pelbagai perasaan. Lily, yang baru pertama kali akan berjumpa dengan atuk dan neneknya, kelihatan sangat berdebar. Dia duduk di tempat duduk belakang, memegang tangan Mia dengan erat.

"Ibu, macam mana atuk dengan nenek? Lily takut..." dengan suara kecil.

Mia tersenyum lembut dan mengusap tangan Lily untuk menenangkannya.

"Jangan risau, sayang. Atuk dan nenek mesti suka jumpa Lily. Mereka dah lama nak tengok Lily" jawab mia dengan lembut.

Lily mengangguk perlahan, cuba meyakinkan dirinya bahawa semuanya akan baik-baik sahaja. Namun, di sebelahnya, Haikal duduk diam dengan pandangan mata yang kelihatan benci. Sejak kecil, dia dapat melihat kebencian yang terpendam dalam hati atuknya terhadap ayahnya. Setiap kali mereka pulang ke kampung, Haikal tidak pernah merasa selesa.

"Kenapa kita kena balik sana lagi? Atuk tu tak pernah suka ayah..." bisik haikal pada dirinya.

Hairul yang sedang memandu, menjeling ke arah cermin pandang belakang dan dapat melihat wajah Haikal yang keruh. Dia tahu apa yang Haikal rasakan, tetapi dia tidak mahu menambah beban anak sulungnya itu. Dia mengerti bahawa Haikal sedang berjuang dengan perasaan marah dan kecewa terhadap atuknya, tetapi Hairul tetap mahu menjaga hubungan keluarga.

"Haikal, atuk tetap orang tua. Mungkin dia ada sebab dia sendiri. Tapi kita kena hormat dia, okay?" ucap Hairul dengan nada tenang.

Haikal diam sejenak, merenung kata-kata ayahnya. Walaupun dia tidak suka cara atuknya memperlakukan ayahnya, dia masih menghormati kata-kata Hairul.

"Okay, ayah..."jawab haikal dengan nada perlahan.

Mia memandang Hairul dengan penuh kasih, sedar betapa sukarnya situasi ini untuk semua orang. Dia berharap perjalanan kali ini akan berjalan dengan lancar dan tiada lagi rasa tegang antara Hairul dan abahnya.

Perjalanan mereka diteruskan dengan harapan yang berat, namun ada sinar kecil dalam hati Mia bahawa mungkin, kali ini, keadaan akan sedikit berubah.

My Big FamilyWhere stories live. Discover now