**Beberapa tahun berlalu, suatu hari di pejabat Hairul, dia perlu menghadiri mesyuarat yang penting tetapi telah sedikit terlambat. Dalam perjalanan ke mesyuarat, Hairul berlari-lari anak di lorong pejabat. Semasa dia sedang terburu-buru, dia dengan tidak sengaja melanggar seseorang.**
"Eh! Alamak, cik, saya minta maaf sangat-sangat!" ucap Hairul sambil membantu wanita itu untuk bangun.
**Wanita itu, yang kelihatan sedikit terkejut, tersenyum kecil sambil menepuk-nepuk pakaiannya. "Tak apa... saya pun tak perasan awak tadi," balasnya dengan lembut, matanya bertentang dengan Hairul.**
**Mata mereka bertemu seketika, dan Hairul dapat merasakan degupan jantungnya sedikit laju. Dia terasa sedikit gugup, namun cuba untuk kekal tenang.**
"Saya harap awak tak apa-apa... err, saya Hairul," ucapnya sambil menghulurkan tangan.
**Wanita itu menyambut salamnya dengan senyuman yang manis. "Saya Auni... dan saya tak apa-apa, jangan risau. Nampaknya awak sangat tergesa-gesa, ada hal penting ke?" tanyanya dengan nada prihatin.**
**Hairul tersenyum malu, "Ya, saya ada mesyuarat sekarang... sebenarnya saya dah lambat ni.Tapi... err... tak sangka boleh terserempak dengan seseorang yang... baik macam ni," katanya dengan nada yang hampir berbisik, tetapi cukup untuk Auni dengar.**
**Auni tergelak kecil mendengar kata-kata Hairul. "Awak lebih baik cepat ke mesyuarat tu sebelum lagi lambat. Nanti kalau ada masa, mungkin kita boleh jumpa lagi... secara lebih santai," usiknya, matanya bersinar penuh makna.**
**"Ya, tentu... saya akan pastikan ada masa untuk tu," balas Hairul, senyuman tak hilang dari wajahnya. Dia kemudian melangkah pergi dengan hati yang sedikit lebih ringan, walaupun mesyuarat penting menantinya.**
YOU ARE READING
My Big Family
FanfictionIni adalah kisah tentang sebuah keluarga besar yang terdiri daripada tujuh adik-beradik lelaki, semuanya merupakan anggota Pasukan Khas Laut (PASKAL), unit elit dalam angkatan tentera laut Malaysia. Abang sulung, Hairul, yang dihormati dan disegani...