Bab 38:Pertelingkahan Keluarga

2 1 0
                                    

Di malam yang sunyi, Haikal terbaring di atas katil dalam biliknya, matanya tertuju ke siling. Fikirannya melayang, mengenang kembali peristiwa yang berlaku semasa dia masih kecil. Ingatan itu masih segar, seolah-olah baru sahaja berlaku.

Dia ingat ketika mereka sekeluarga pulang ke kampung Mia. Malam itu, mereka semua sedang duduk di ruang tamu, berbual-bual tentang pelbagai perkara. Namun, suasana yang damai itu bertukar menjadi tegang apabila abah Mia tiba-tiba bersuara dengan nada yang tajam.

**Abah Mia:** (dengan marah) Kalau kau rasa kau tak boleh jaga anak aku, kau ceraikan dia!

**Mia:** (terkejut) Astaghfirullah, abah! Kenapa cakap macam tu?

**Ibu Mia:** (cuba menenangkan) Abang, awak dah kenapa? Ini bukan cara kita berbincang.

Malam itu, perbualan yang asalnya damai bertukar menjadi pertengkaran antara nenek dan atuk. Haikal, yang masih kecil ketika itu, mendengar segala-galanya. Dia tak mampu lagi berdiam diri.

**Haikal:** (dengan berani) Kenapa atuk nak marah? Ayah kan berkhidmat untuk negara dengan menangkap orang jahat!

**Abah Mia:** (dengan nada tinggi) Sebab aku tak suka, itu yang aku marah! Kau tak tahu apa-apa, senyap! Jangan biadab sangat!

Haikal merasa marah dan kecewa. Perkataan yang keluar dari mulutnya seterusnya adalah sesuatu yang dia sendiri tidak pernah sangka akan ucapkan.

**Haikal:** (dengan suara kuat) Atuk tak suka sebab atuk banduan!

**Mia:** (terkejut dan panik) Haikal! Astaghfirullahalazim, jangan cakap macam tu dengan atuk!

Dalam kemarahannya, abah Mia bertindak kasar dan memukul Haikal. Pukulan itu keras, dan Haikal terasa sakit, bukan hanya di tubuhnya tetapi juga di hatinya. Melihat kejadian itu, Hairul, yang selama ini cuba bertahan dengan kata-kata abah Mia, tiba-tiba marah.

Ingatan itu kembali menghantui Haikal. Dia teringat bagaimana ayahnya melindunginya malam itu, bagaimana dia melihat cinta dan kesetiaan ayahnya terhadap keluarga mereka, walaupun terpaksa menanggung hinaan dan caci maki.

Haikal menarik nafas panjang. Dia kini sudah lebih dewasa, tetapi ingatan tentang malam itu tetap menjadi luka dalam hatinya. Luka yang mengajarnya tentang kekuatan, keberanian, dan cinta seorang ayah.

My Big FamilyWhere stories live. Discover now