Beberapa hari berlalu, dan tibalah hari di mana mereka sekeluarga harus mengemaskan barang-barang untuk pulang. Di sebalik kesibukan itu, Haikal yang sudah siap menunggu di bawah mula berjalan-jalan di sekitar rumah nenek dan atuknya. Ketika dia sedang berjalan di ruang tamu, matanya tertangkap pada sebuah buku album yang terletak di atas rak.
Dengan rasa ingin tahu, Haikal menarik album itu dari rak dan mula membukanya. Satu demi satu halaman dibelek, melihat gambar-gambar lama yang memaparkan atuknya bersama Mia. Setiap gambar penuh dengan senyuman, jelas menunjukkan kebahagiaan yang terpancar dari wajah atuknya. Gambar-gambar itu menceritakan kisah indah masa lalu, sebelum Mia berkahwin dengan Hairul.
Namun, semakin Haikal membalik halaman, dia mula menyedari sesuatu. Sejak perkahwinan Mia dengan Hairul, gambar-gambar atuknya tidak lagi memaparkan senyuman yang sama. Wajah atuknya kelihatan semakin tegang dan suram, seolah-olah kegembiraan itu telah hilang sebaik sahaja Mia menjadi isteri Hairul.
Haikal terdiam, merasakan kesedihan yang tersembunyi di sebalik setiap gambar. Dia mula memahami sedikit sebanyak mengapa atuknya begitu sukar menerima ayahnya.
Perasaan berat mula timbul dalam hatinya, namun dia tidak pasti bagaimana untuk mengungkapkan perasaan itu. Haikal menutup album tersebut dengan perlahan, merenung seketika sebelum meletakkannya kembali di tempat asal.
YOU ARE READING
My Big Family
FanfictionIni adalah kisah tentang sebuah keluarga besar yang terdiri daripada tujuh adik-beradik lelaki, semuanya merupakan anggota Pasukan Khas Laut (PASKAL), unit elit dalam angkatan tentera laut Malaysia. Abang sulung, Hairul, yang dihormati dan disegani...