Bab 39:Beratnya Tanggungjawab

2 1 0
                                    

Di malam yang sama, dalam keheningan bilik tidur mereka, Hairul terbaring di atas katil. Fikirannya masih terngiang-ngiang dengan kata-kata abah Mia yang tajam dan penuh kebencian. Di bilik air, Mia sedang bersiap-siap untuk tidur, namun Hairul tenggelam dalam pemikirannya sendiri.

Dia merenung siling, cuba mencerna segala yang berlaku. Kata-kata abah yang mempersoalkan pekerjaannya dan tanggungjawabnya sebagai seorang suami serta ayah benar-benar membuatkan Hairul rasa terbeban. Dalam diam, dia mula meragui dirinya sendiri. Adakah dia cukup baik sebagai seorang suami? Adakah dia telah menjalankan tanggungjawabnya dengan baik sebagai seorang ayah?

Hairul menghela nafas panjang, merasakan beratnya tanggungjawab yang dipikulnya. Dia sedar bahawa pekerjaan sebagai anggota PASKAL memerlukan pengorbanan yang besar, bukan hanya untuk dirinya, tetapi juga untuk keluarganya. Namun, dia juga tahu bahawa dia berkhidmat untuk negara, dan itu adalah sesuatu yang tidak dapat dia tinggalkan begitu sahaja.

**Hairul:** (berbisik perlahan) Ya Allah, kuatkanlah aku untuk menghadapi dugaan yang sungguh berat ini. Berilah aku kekuatan untuk terus menjadi suami dan ayah yang terbaik untuk keluargaku.

Dia menutup matanya, berharap dapat menemui ketenangan dalam doa-doanya. Perasaan resah itu masih ada, tetapi dia tahu, dia harus kuat. Demi Mia, demi Haikal, demi Lily, dan demi tanggungjawab yang telah diamanahkan kepadanya. Malam itu, Hairul berdoa agar diberi kekuatan untuk terus melangkah dalam jalan yang penuh cabaran ini.

My Big FamilyWhere stories live. Discover now