4. Curang

2.7K 308 19
                                    

NOW PLAYING - DROP THAT (EXO)
--

*Amanda's POV*

Sekolah. Uhh, kalau bukan sebab aku nak berjaya, dah lama aku malas datang sekolah. Menghadap SoKai couple tu.

"Chagi jangan lahh!" jerit Kai dengan manja kerana Soyou menggeleteknya.

Aku menghembuskan nafas dengan berat.
Semenjak Soyou datang. Semua berubah. Kai dah tak layan aku. Perangai Kai dah berubah. Dan perubahan yang pelik, aku pakai cermin mata. Besar. Hahahaha, bukan sebab aku rabun. Tapi, aku nak jadi budak nerd. Boleh kan?

Buku selalu ditangan. Pendiam. Pakai cermin mata besar. Hahahaha. Aku akan pakai cermin mata dalam sekolah je. Dekat luar tak hehe.

Padan sangat lah Kai dengan Soyou. Kai kacak, ramai peminat. Soyou pun sama, cantik, ramai peminat. Aku? Selekeh. Memang tak lah Prince Charming sekolah ni nak suka aku. Mimpi jelah.

+++++

"Eee tengok si Amanda tu, selekehnya"

"Aah kenapa dia pakai cermin mata?"

"Haritu aku dengar Kai tolak cinta dia"

"Eeee dia fikir Kai suka dia ke"

Aku tabahkan diri apabila lalu di lorong nak pergi ke kantin. Mulut orang. Pedih jugak lah hati. Aku bertukar arah dan lari pergi ke tandas perempuan. Masa aku berlari, aku terdengar seorang pelajar perempuan menjerit "EEE BUDAK NERD KAU TAK LAYAK DENGAN KAI LA" . Air mataku mengalir dengan deras. Aku menangis di dalam tandas perempuan itu. Salah aku ke sebab mencintai Kai?

+++++

Pada petang itu aku dengan omma pergi ke mall. Entahlah omma tu nak shopping katanya. Aku pulak jadi mangsa huhu T_T .

Kami berehat untuk makan sekejap di McDonalds. "Amanda tunggu kejap eh, omma nak pergi tandas" Aku mengangguk. Sedang aku asyik menjamu selera, aku terpandang ke arah meja yang diduduk oleh seorang perempuan dan lelaki. Pasangan couple mungkin? Jap, aku terperasan sesuatu. Aku memandang semula ke arah pasangan tadi, aku melihat perempuan itu. I-itu,, Soyou?! Dia dengan Hanbin kelas 5B-2 tu?! Takkan dia menduakan Kai? Dan Soyou cium pipi Hanbin?!

Aku kena bagitahu Kai, aku taknak Kai patah hati. Cukuplah aku sorang je patah hati.

"Dah habis makan? Jom" Aku mengangguk dan mengikut omma.

Macam mana kalau Kai patah hati? Kalau Kai sedih? Dia sakit hati tak? Kenapa Soyou....

+++++

Pada waktu rehat, aku pergi ke arah meja Kai dan Soyou tapi pada masa itu Soyou pergi ke tandas.

"Kai, aku ada benda nak cakap.." Kai mengangguk tanda memberi aku bercakap.

"A-aku ternampak Soyou dengan Hanbin semalam. Kat Mall. S-soyou cium pipi Hanbin. D-dia curang dengan kau ke Kai?" Kai pergi ke arah aku dan

PANGGGG!

Aku memegang pipi aku yang merah akibat ditampar oleh Kai. Air mata ku mula menitis, sakit yang amat, apatah lagi apabila crush aku tampar aku.

"Kau, kau jangan nak menuduh. Kau tergilakan aku sangat ke? Cuba kau tengok diri kau tu, selekeh, nerd!" dia menjerit dan kami menjadi tumpuan semua pelajar di kantin.

"Dasar perempuan murahan kan kau? Entah-entah kau yang buat semua tu ngan Hanbin kan?" tanya Kai sambil tersenyum sinis. Aku hanya mampu menunduk dan mengalirkan air mata.

"Aku nak kau ingat ayat ni yang AKU TAKKAN PERNAH JATUH CINTA DENGAN KAU!" Kai berlalu pergi meninggalkan aku. Aku terdengar bunyi pelajar ketawa terkekek-kekek. Aku berlari keluar dari sekolah. Aku tak kisah. Hati aku sakit sangat sekarang ni.

Kenapa Kai berubah? Dan kenapa aku kisah pasal dia? Sedangkan dia anggap aku macam...sampah!

--

MUST READ THIS!

MAAF YE KORANG KALAU KORANG MACAM PELIK "KENAPA TAJUK CERITA NI TAKDA KENA MENGENA NGAN CERITA?" OKAY SEBENARNYA AUTHOR TAKTAU NAK LETAK TAJUK APA SO, AUTHOR MAIN LETAK JE HAHAHAHAHAHA.

SORRY FOR TYPOS :'(

playedWhere stories live. Discover now