"Hello?"
"Ne, annyeonghaseyo. Si..apa?"
Amanda tergelak kecil. "Amanda."
"Oh! Cik cantik! Eh.. Tersasul pulak. Hehe, kenapa call ni? Mana dapat nombor saya? Wah, tak sangka cik cantik call saya." Suaranya kedengaran begitu teruja.
Sekali lagi, Amanda tergelak. Aduhai.. Lawak betul si Taehyung ni! Ada pula cakap cik cantik? Alahai, si mulut manis.
"Ada-ada jelah awak ni Taehyung. Hahaha. Saya call ni sebab nak tanya. Macam mana awak kenal Kai— eh Jongin?"
"Oh, pasal tu ke. Ingat ke nak tanya pasal saya dah makan ke belum." Seloroh Taehyung sambil ketawa kecil dihujung talian. Amanda tersengih, mengada pula si Taehyung ni.
"Hehe, gurau gurau. Pasal Jongin? Saya kenal dia sebab dia ada ambil saham dengan syarikat saya. And kitorang boleh kira rapat jugaklah. Kenapa ya?"
"Oh macam tu. Eh, hehe tak ada apa apa. Kamsahamnida Taehyung-sshi."
"Okay okay. No problem, cik cantik." Amanda tergelak lagi.
Cik cantik? Macam-macam betul karenah teman baharunya itu. Pelbagai ragam! Nasib senonoh, kalau tak senonoh. Memang badluck lah dia. Panggilan dimatikan. Amanda termenggu seketika. Tatkalanya dia bermain-main dengan rambutnya, tak pun mengusap perutnya yang semakin lama membesar.
Dia juga tidak pasti, sampai bila perang dingin diantara Kai dannya akan tamat? Tapi dia pasti. Ia takkan tamat dengan mudah, pasti akan ada hati yang terbunuh.
"Life is not easy. Kita hanya akan sedar bila kita tahu kebenarannya, kan?"
Amanda menoleh ke belakang.
"Oppa!" Dia berlari memeluk Siwon. Siwon tergelak lalu mengusap lembut kepala adiknya itu.
Mata Amanda melilau mencari sesuatu, ehem, seseorang. "Mana Soyou?"
"Pembetulan, unnie." Amanda tersengih. Lupa pula. Yalah, selama ni guna kau-aku. Mana ingat dah nak unnie-unnie. Siapa sangka, dunia ini kecil. Siwon ditakdirkan menjumpai Soyou— teman yang selalu menyakitkan hatinya di sekolah menengah— dalam keadaan yang sangat sadis.
Seperti yang diberitahu oleh Siwon, Soyou dibuang dari keluarganya sendiri apabila mereka dapat tahu bahawa Soyou menjadi seorang pelayan bar di sebuah pub yang agak terkenal. Syukur, walaupun dia sehina itu, dia tidak pernah meniduri sebarang lelaki. Tetapi... Dia pernah terlanjur dengan Hanbin. Teman sekolahnya dan Amanda dahulu. Nasib baik, Hanbin menggunakan 'protection'.
Pendek cerita, Siwon memandu untuk pulang ke rumah pada lewat malam. Disebabkan kantuk, dia hampir terlanggar seorang gadis iaitu Soyou.
"Cik! Cik! Maafkan saya cik!"
"Saya tak kisah! Cepat, cepat!" Gadis yang bergaun putih pendek, terdapat koyak koyak disitu menarik lengan Siwon masuk ke dalam kereta Siwon dengan sesuka hatinya. Siwon memandang pelik.
"Jalan! Please!"
"Eh? Saya—"
"I will tell you later, now jalan!" Gadis itu membuat muka simpati. Siwon tergopoh-gapah menarik pedal dan memandu laju. Siwon berkeputusan untuk menge'teh' sambil menanyakan tentang tadi kepada gadis yang baru dikenalinya itu.
"Jadi?" Gadis itu mengusap-usap lengannya perlahan. Sebenarnya, dia kesejukan. Yalah! Dahla bajunya habis koyak rabak. Dengan angin malam yang kuat ini, brrr! Boleh demam gamaknya.
Siwon yang menyedari akan hal itu membuka jaketnya lalu membalut badan gadis itu. Gadis itu mendongak "Eh, tak—"
"Its okay. Sekarang, cerita." Gadis itu mengeluh. Nak tak nak, dia terpaksa bercerita kepada seorang stranger yang sudah menolongnya itu.
YOU ARE READING
played
FanfictionKata cinta kau ungkapkan, Menusuk ke dalam jiwa, Kepercayaan yang makin pudar, Perpisahan yang makin hampir, Dapatkah bahagia dikecapi? -------------- Penerangan/Pengakuan: Cerita yang sebenarnya banyak cliffhanger, twisted plot dan sebagainya. H...