62. Again

430 38 15
                                    


(LISTEN TO: ANY SAD SONG)

Mereka berdua diam, senyap, dan sepi. Hanya bunyi biola dan piano yang sedang mengalunkan irama yang merdu.

"S..sayang... Please, say yes? We are stll a husband and a wife—"

"Yes, we are. Tapi ada awak jalankan tanggungjawab awak selama beberapa bulan ni? Ada? Tak ada. Selama ni awak tahu siapa jaga saya? Siwon oppa. He was the one who took care of me. Sedangkan awak? Langsung tak kisah tentang isteri awak yang sedang sarat mengandung ni." Amanda mendengus, sinis.

Kai terpempan. Tidak menyangkan bahawa isterinya...begitu kasar terhadapnya. Kai menunduk.

"Tapi oppa tak sengaj—"

"Tak sengaja? Tak sengaja sakitkan hati saya, macam tu?"

"Sayang, please."

"Please what? Awak tuduh saya. Awak tinggalkan saya. Awak buat saya merana, rindu kata-kata manis awak, rindu haruman awak, rindu masakan awak, rindu ketawa awak... Rindu pelukan awak." Amanda merenung tajam Kai dengan mata yang berair. Kai pantas menarik Amanda ke dalam pelukannya.

Amanda mencuba untuk lepaskan diri tetapi, kudrat seorang lelaki lebih kuat daripada wanita. "Lepas, Kai. Lepas."

"No. I will never let you go, for the second time." Kai menyembamkan mukanya dibahu Amanda. Sungguh, hati wanita mana sahaja yang tidak berasa sayu apabila si lelaki yang bertakhta dihati sudah membuat pelbagai benda seperti ini?

"Saya benci awak." Dada bidang Kai ditumbuk perlahan oleh tangan kecil Amanda. Kai memejamkan matanya, bukan kerana sakit akibat tumbukan Amanda. Tetapi sakit di hatinya. Sakit melihat perempuan yang dicintainya tersakiti kerana dirinya. Kerana egonya.

"Saya benci awak." Sekali lagi. Kai memegang tangan Amanda. Menghentikan Amanda dari terus memukulnya. Air mata Amanda mengalir.

"Oppa tak mintak apa-apa sayang, cuma secebis kemaafan dari sayang.." Kai menunduk. Tidak kuat dia mahu menatapi wajah isterinya.

"Luka yang ada dalam hati saya ni dalam Kai. Dalam. Lebih dalam dari cinta awak."

Kai terpana. Hatinya hancur. Mindanya ligat berkata-kata, adakah Amanda membencinya sepenuh hati? Adakah Amanda... Sudah tawar hati dengannya?

"Sayang..."

"Berikan saya masa Kai."

Sejurus itu, Amanda menolak perlahan pelukan Kai. Dia menggapai beg tangannya kemudian berjalan keluar dari cafe tersebut.

Dia berharap sangat bahawa, Kai akan mengejarnya. Dia menoleh ke belakang, tiada. "Lelaki..."

Kai jatuh melutut. Dia mengenggam penumbuk menampakkan urat-uratnya yang kehijauan.

"Tsk.." Tangisan kecil terkeluar daripada bibirnya. Dia menumbuk-numbuk lantai di cafe itu. Dia marah, marah dengan dirinya.

Kalaulah, dia mempercayai Amanda.
Kalaulah, dia membuang egonya jauh.
Kalaulah... Dia dapat membaiki semula kesalahannya.

"Tskk... Tskk.." Air mata Kai mengalir, sekali lagi. Bayangan Amanda yang hilang membawa pergi hatinya, mindanya dan jiwa raganya sekali.

"Sungguh.. Ya Tuhan, aku tak kuat.."

Kai menumbuk-numbuk dadanya. Dia memejam erat matanya. Terasa bagaikan ditinggalkan, kehilangan, sepi. Kai mengangkat mukanya lantas bersandar di dinding yang berkenaan.

"Kenapa... Kenapa kau buat aku macam ni Amanda... Kenapa?!!!" Jeritan Kai diselangi dengan tangisannya.

Dush! Kerusi yang berada di depannya ditendang kuat. Terpelanting kerusi itu, jauh.

playedWhere stories live. Discover now