You guys must read this fanfic -> The Choosen One by Taehyung_mole.
Its malay fanfic okay.--
* No One's POV *
" Anak tuan dan puan mengalami pendarahan di perutnya dan kami memerlukan darah yang secukupnya untuk si mangsa. Dia kekurangan darah dan jika darahnya kehabisan, peluang untuk hidup itu hanya 10% sahaja. Si mangsa berdarah AB. " kata doktor yang merawat Kai itu kepada mereka.
" Ambil darah saya doktor! Saya darah AB! " kata Mrs.Kim kepada doktor itu.
" Maaf puan. Tapi dengan umur puan, ia akan merbahayakan kesihatan puan. " kata doktor Lee Chan, yang merawat Kai itu kepada Mrs.Kim.
" Gwenchana ahjumma. Doktor, ambil darah saya. " kata Amanda kepada doktor Lee Chan itu. Doktor Lee Chan menganggukkan kepalanya dan membawa masuk Amanda ke dalam bilik untuk mengambil darah.
* Amanda's POV *
Saya menahan kesakitan apabila jarum itu masuk ke dalam lengan saya. Ngilu tak terkata!
Saya menoleh ke atas belah kanan saya. Hampir penuh beg plastik itu dengan darah saya. Saya harap, Kai sembuh..
" Doktor! Mangsa kembali kritikal! " jerit nurse itu kepada doktor Lee Chan. Doktor Lee Chan berlari meninggalkan saya dan pergi ke wad Kai.
Saya mencabut segala wayar wayar yang ada dekat lengan saya dan saya berlari ke pintu wad Kai. Saya menunggu. Menunggu dan menunggu. Lama nya awak nak bangun Kai... Saya taknak awak tidur lama lama Kai.. Tolong jangan tidur selama lamanya Kai..
" Mianhae ahjumma. Semua ni s-salah Amanda.. " kata saya kepada Mrs.Kim sambil air mata saya menitis. Ahjumma Kim memeluk saya dengan erat.
" Aniyo. This is not your fault. Boleh ahjumma minta sesuatu dengan Amanda? " tanya ahjumma Kim kepada saya. Saya mengangguk.
" Ahjumma nak.. Kamu tinggalkan Kai dan lupakan Kai.. Ahjumma rasa ini yang terbaik untuk kamu dan Kai. Ahjumma tak mahu kamu sakit melihat Kai dan mungkin Kai pun tak mahu melihat kamu sakit Amanda.. " saya tersentak. Betul kah apa yang baru saya dengar ini? Saya?! Kena tinggalkan Kai?!
" Wae ahjumma? " tanya saya sambil menangis tersedu-sedu.
" Ini adalah pilihan yang terbaik.. Amanda jangan risau.. Bila keadaan Kai dah pulih, ahjumma sendiri akan bawa Kai kepada Amanda. " ahjumma Kim memeluk saya dengan erat sambil tersenyum.
" Jika ini yang terbaik untuk kita semua.. Amanda rela.. Rela meninggalkan Kai dan melupakan Kai. Maafkan atas semua kesalahan Amanda. " saya menundukkan badan dan berlari keluar dari hospital itu. Mianhae Kai.. Ini yang terbaik untuk kita.. Saya harap awak bahagia dengan Yejin bila saya dah lari dari kehidupan awak Kai..
Saya berjalan pulang ke rumah. Nasib lah omma dan appa ke oversea beberapa minggu. Saya menghempaskan badan ke atas sofa. Kenapa banyak sangat dugaan yang harus saya tempuh?! Saya menangis teresak-esak seorang diri.
Kalau ini yang awak perlukan Kai. Saya sanggup lupakan semua kenangan kita. Saya harap awak bahagia dengan Yejin..
(( skip ))
Sudah masuk 5 bulan setengah saya tak melawat Kai. Saya pun sudah berhenti dari menjadi penuntut di Universiti itu. Saya sudah berubah. Saya makin boleh melupakan Kai sedikit demi sedikit. Mungkin 80%?
And now, saya seorang model! Beberapa bulan yang lepas, saya di'lamar' oleh seorang staf dari syarikat Co-Stars untuk menjadi model pakaian terbaru syarikatnya. Kata nya, saya boleh menjadi model dan blablabla. Pada masa itu pun saya tiada kerja jadi, belum cuba belum tahu kan? So saya pun terima lamaran itu. Tak sangka pula saya boleh menjadi amat terkenal dan muka saya berada di banyak majalah-majalah.
YOU ARE READING
played
FanfictionKata cinta kau ungkapkan, Menusuk ke dalam jiwa, Kepercayaan yang makin pudar, Perpisahan yang makin hampir, Dapatkah bahagia dikecapi? -------------- Penerangan/Pengakuan: Cerita yang sebenarnya banyak cliffhanger, twisted plot dan sebagainya. H...