19. Jumpa Jackson

2.5K 230 9
                                    

Im happy :)))

--

*Amanda's POV*

Lepas Jimin oppa cakap macam tu, serious aku terkejut and hati aku berkecai sedikit demi sedikit selepas mendengar kata Jimin oppa tadi.

Aku kembali mengawal riak wajah muka aku. Nanti apa pula kata yeojachingu Jimin oppa..

Aku melihat Jimin oppa memandang ke arah yeojachingunya sambil tersenyum. Dan dalam sekelip mata Jimin oppa mengucup pipi yeojachingunya, Minra.

"Andwaeeeeeeeeeeee!!!!!" Aku menjerit dengan kuat.

SPLASHHHH!

Aku melihat badan ku basah kuyup dan omma berada hadapan ku sambil mencekak pinggang. Aik, aku rasa tadi aku dekat cafe bean, tapi sekarang dalam bilik. Aku pengsan ke?

"Omma, Amanda pengsan ke lepas jumpa Jimin oppa?" Omma di hadapan ku menjongketkan kening belah kirinya.

"Pengsan apa benda, kamu balik dari universiti terus tidur sampai harini." Omma berkata lalu berlalu keluar dari bilik aku. Aku tidur dari petang semalam? Wow. And. Jadi, aku mimpi lah? Aku mimpi lah pasal Jimin oppa ada yeojachingu? Unbelieveble betul mimpi tu.

Aku mengambil telefon dan melihat ada mesej dari Jimin oppa.

From ; Jimin Oppa
To ; Amanda

Betul? Wahhh, yeayy Amanda dah balik Korea. Nanti date dengan oppa jom :*

Aku menampar-nampar pipiku banyak kali. Ok sakit. Jadi, aku tak mimpi la kan? Hahahah. 

From ; Amanda
To ; Jimin Oppa

Okay :)

Masa dengan tarikh biarlah dia bagitahu nanti. Aku nak sambung tidur, baru sahaja aku nak lelapkan mata. Aku rasa ada benda dikaki aku. Benda tu seperti berjalan-jalan.

Aku memandang kakiku.

"OMMMMMAAAAAAAAAAAAAAAAA!"

Tombol pintu bilik aku dipulas kasar, aku menunjuk ke arah benda yang berada di kaki aku. Omma mengambilnya dan membuang di tingkap.

"Lipas je pun." Aku mencebik. Macam lah omma tak kenal anak dia ni.

Aku terasa malas pula nak tidur. Aku mencapai kain tuala dan masuk ke bilik air. Aku menyanyi-nyanyi kecil di dalam bilik air. Mwehehe.

Aku memakai short pant berwarna biru dan baju yang bersaiz besar sedikit berwarna hitam. Bukan nak pergi mana-mana pun.

Aku turun ke bawah dan aku terhidu sesuatu yang ummm enak.

"Omma masak apa?" Tanya aku sambil menarik kerusi dan duduk di meja makan.

"Ladu goreng." Mata aku sudah bersinar-sinar. Hahaha ladu goreng ni salah satu makanan fav aku.

"Appa mana?" Tanya aku.

"Appa kamu kerja lah. Ni, kamu takde kelas ke harini?" Aku baru teringat aku ada kelas pukul 1 nanti. Sekarang baru pukul 12.

"Ada, pukul 1." Aku mengunyah ladu goreng dengan khusyuknya. Sedap benar masakan omma aku ni.

"Nanti kamu pergi naik apa? Appa takde ni." Kata omma lagi.

"Naik bas lah kot." Aku meneguk jus tembikai yang dibuat oleh omma. Sedap.

TING TONG~ TING TONG~

playedWhere stories live. Discover now