Nak nangis banyak sangat homework padahal baru hari kedua! :( And, korang mesti baca semua tau. Jangan baca yang dialog je, kalau tak korang tak tahu apa yang jadi and dia kat mana ke apa okay.Kaki dihayun laju menuju ke arah sebuah pintu gerbang yang terbuka luas. Pintu itu diukir dengan corak kebunga-bungaan dan berwarna emas, sudah semestinya dibuat dan dibeli oleh orang-orang yang ternama di metropolitan ini.
Amanda tersenyum melihat kekecohan manusia-manusia di dalam rumah itu. Bunga, bantal, daun-daun kecil bertaburan di lantai. Semua sibuk membuat kerja masing-masing sampaikan rumah tidak terjaga!
"Hello? Ada orang tak ni?" Pintu diketuk perlahan. Manusia-manusia tadi yang leka membuat kerja tersentak seketika.
"Lah... Amanda! Kenapa tak cakap nak datang ni?"
"Surprise!"
Soyou mendekati Amanda lalu mengucup lembut pipi gadis— ah, wanita itu. Rumah besar yang cantik ini adalah rumah baru Soyou; yang dihadiahkan oleh Siwon sempena 1year10monthsarry mereka.
Amanda memerhati sekeliling ruang tamu rumah Soyou, "Cantiknya, Soyou! Pandai kau hias. Mana belajar?"
"Belajar apanya? Aku upah orang lah. Eh eh, itu pun oppa kesayangan kau tu yang suruh. Katanya nanti nak pindah sini kalau dah lepas kahwin. Penat aku nak dengar dia membebel, aku turutkan ajelah!" Bibir mungil Soyou memuncung.
"Dia sayang kau tu. Dia nak bagi kau kesenangan, kemewahan, keselesaan dan yang paling penting, kasih sayang. Sebab tu dia tak kisah membazir duit untuk orang yang dia sayang macam kau ni. Lagipun, alah, takpa. Kau habiskan ajelah oppa aku punya duit tu sebab syarikat dia terlalu banyak. 7 keturunan pun tak habis rasanya.."
"Eleh, kau cakap aku. Habis? Kai tu lagi kaya kot daripada Siwon. Kau tengokla, syarikat-syarikat dia and anak-anak syarikat dia semua maju jaya. Yang anak syarikat nak jadi ayah syarikat dah pun."
"Kaya tapi kurang kasih sayang tak boleh juga.." Amanda tersenyum tawar. Soyou yang bagaikan baru terpukul dengan kata-katanya sendiri tersedar.
"Eh tak! Aku.. Aku... M..mianhae, Amanda.." Soyou memegang erat tangan Amanda.
"Tak apalah, aku okay."
Soyou mengemam bibir. Dia harus cari jalan, supaya dia dapat membuat Amanda kembali ceria dan happy seperti tadi. Tapi... Tiada idea pula.
Amanda berjalan-jalan meninggalkan Soyou. Dia pergi ke bahagian taman bunga. Memang penuh rumah si Soyou ni dengan bunga. Rasanya boleh buat pesta bunga kot dekat sini.
"Bunga... lily." Bunga berwarna putih diusap perlahan dengan jarinya. Bunga ini mengingatkan kenangannya bersama suami yang tersayang, pada waktu dahulu.
Amanda tersenyum pahit. "Bunga ni, bunga yang awak sanggup telan disebabkan saya. And then awak sakit perut hahaha. I miss the old us. I miss...." Ungkapan Amanda terhenti.
Dia sedang menahan tangisnya. Dia tidak mahu menangis lagi, kerana menangis membuatkan dia tampak lemah dan lembik.
"Perkataan terakhir... Biar dijadikan sebagai rahsia." Kata Amanda lalu dia meninggalkan bunga lily yang sudah terjatuh ketanah.
Dia membelek-belek telefon bimbitnya. Soyou sudah hilang ke mana. Tujuannya datang sini adalah untuk menolong bakal kakak iparnya itu menghias tapi, tengok-tengok dah ramai orang dan tak tahu nak tolong apa dah. Jadi, dia memutuskan untuk duduk dan bersantai di depan air terjun mini buatan manusia di bahagian belakang rumah Soyou.
Lagu 'Last Dance' oleh Bigbang dimainkan. Lagu terbaru Bigbang sempena 10th anniversarry mereka. Amanda tersengih. Rindu pula dia pada Taeyang oppa dan yang lain. Rindu nak jadi trainee SM and rindu nak Bigbang oppas ajar menyanyi and menari.
YOU ARE READING
played
FanfictionKata cinta kau ungkapkan, Menusuk ke dalam jiwa, Kepercayaan yang makin pudar, Perpisahan yang makin hampir, Dapatkah bahagia dikecapi? -------------- Penerangan/Pengakuan: Cerita yang sebenarnya banyak cliffhanger, twisted plot dan sebagainya. H...