70. First Direct Kiss

533 26 18
                                    


*****

"Jangan! Jangan buat apa-apa lagi..doktor cakap peratus anak saya untuk hidup hanya 2% kan? Jadi, saya harap, sebelum dia pergi..kornea matanya dipindahkan kepada anak buah saya. Bolehkan, doktor?"

"Auntie! Tak boleh. Jongin taknak kornea mata Haesung! Auntie, sedarlah. Haesung dah kritikal auntie, saya..saya tak dapat terima semua ni auntie!"

"Ani, auntie akan kehilangan anak auntie. Dan auntie taknak kehilangan anak buah auntie. No matter what happen, no matter what will happen, kornea mata Haesung..tetap akan dipindahkan pada Jongin!"

"Omma, omma setuju dengan rancangan auntie? This is so unbelievable! Takkan pernah Jongin pakai kornea mata Haesung..sepupu Jongin yang akan mati sekejap lagi!"

"Ani, omma..omma bersetuju. Jadi, saeng. Kita boleh teruskan pembedahan untuk Jongin secepat mungkin."

Omma Jongin tersenyum tawar sambil air matanya mengalir laju. Adiknya memeluknya erat, sakit..memang sakit apabila anak sendiri dalam keadaan kritikal. Tetapi, Jongin lagi memerlukan semua itu. Dan dia juga sayangkan anak buahnya.

×××××

2 tahun kemudian..

"Sekarang, Kai dah betul-betul pulih. Omma dengan appa dah cari sekolah untuk Kai. Kai boleh mula minggu depan, kalau ada barang apa-apa yang tak cukup. Cakap dengan omma okay?" Rambut anaknya diusap perlahan. Kai tersengih dan mengangguk.

"Nae, omma."

Pintu ditutup rapat. Kai menghela nafas. Rindu, dia rindu dengan mendiang Haesung. Hyewon, dia masih lagi koma. Dah dua tahun dan masih tak sedarkan diri. Hal itu membuatkan Kai berasa lemah. Pilu.

"Hyewon, Haesung. Aku dah dapat tengok sekarang, the birds, the flowers, dan muka aku sendiri. Well, aku kacak. Kau patut cakap aku kacak dari dulu lagi, Hyewon. Sekarang ni, aku sunyi. Aku tak tahu nak buat apa. Without both of you, aku rasa macam aku ni hidup tanpa sebab dan..aku..hm aku rindu korang sangat-sangat. Especially Haesung, thankyou lil bro, aku kenang jasa kau sampai mati. Aku akan tolong korang— ani...kakak kau walaupun benda tu melibatkan nyawa aku sendiri. Aku janji sampai mati."

Kai memegang sekeping gambar. Air matanya menitis, dia mengusap lembut wajah lelaki yang bernama Haesung di dalam gambar itu. Gambar dia, Hyewon, dan juga Haesung. Dalam banyak-banyak sepupu-sepapat mereka, mereka bertiga yang paling rapat. Macam isi dengan kuku.

"Kau pernah cakap dekat aku. Kau nak bagi aku tengok Korea ni macam mana..dunia ni macam mana. Kan, Hyewon? Sekarang kau dah tunaikan janji kau Hyewon."

Kai memejamkan matanya. Air mata dibiar mengalir jatuh ke permukaan gambar-gambarnya bersama sepupu-sepupunya itu. Jarang sekali dia menangis, kerana dia ialah Kai. Dan bukannya Jongin yang dulu. Jongin yang dulu, yang buta, dah mati. And he's a new Kai.

Bagi Kai, air mata terlalu murah untuk dilepaskan. Dan terlalu mahal untuk ditahan. Tears are like rains. Apabila air terkandung banyak, ia akan tertumpah jua. Those who've known the great sadness have the better appreciation for happiness.

Kai mengesat air matanya. Dia menyarung t-shirt lengan panjang berwarna hitam plain dan memakai sweatpant. "Omma, Kai keluar kejap!" Jeritnya dari ruang tamu dan berjalan keluar. Dia menghirup udara, ya. Dia perlukan udara segar.

Matanya melilau memandang sekeliling. Selama ini, dia tidak dapat melihat. Tak dapat tengok apa yang ada dekat sekeliling dia tapi sekarang....ah! Jongin sudah mati. Jangan terlampau fikirkannya!

Kakinya mengorak langkah menuju ke 7-Eleven yang berdekatan. Poket diseluk, nasib ada duit.

"Ramen satu and air mineral." Kata Kai. Dia membuat bayaran dan pergi ke mesin air. Dia menekan bahagian 'hot water' dan mengisinya ke dalam ramen pedas berkuah yang baru dibelinya tadi.

Seusai itu, dia berjalan ke tepi kedai. Ada bangku. Dia melabuhkan punggung ke atas bangku batu tersebut sambil memulakan menjamu ramen yang baru dibelinya tadi.

"Hahaha! Aku dah cakap dah! Dia tu tak betul." Kai tersentak. Dia memandang ke tepinya, ada seorang perempuan yang sedang bercakap dalam telefon dan tergelak terbahak-bahak.

"Apa perempuan ni tak sedar ke yang aku ada dekat sini..." Protes Kai perlahan. Dia hanya meneruskan makan. Makan dan makan. Sampailah ramen dia habis, perempuan di sebelahnya masih lagi bercakap di dalam telefon bimbitnya. Kai hanya menghiraukan dan meneguk air mineral botol yang dibelinya tadi. Tiba-tiba perempuan tadi menangis. Kai tersentak.

Bulu romanya menegak. 'Tadi dia gelak-gelak..sekarang nangis? Apa kena dengan dia ni? Entah-entah...'

"Hei! Awak ada lagi tak kuah ramen tadi tu?" Perempuan di sebelah Kai bertanya sambil matanya yang bengkak. Kai mengerutkan dahinya tanda pelik. "Ha?"

"Saya tanya, awak ada tak kuah tadi tu!" Pekik perempuan itu. Kai yang tidak biasa hanya menghulurkan sisa kuah ramennya tadi kepada perempuan itu. Perempuan itu menghirup kuah ramen yang pedas itu dengan sekali teguk sambil air matanya mengalir. Ah sudah..

"Nak air!" Kai menjegilkan matanya. Belum sempat dia berkata apa-apa, perempuan itu merampas air botolnya dan meneguk sampai habis. Kai mengerutkan dahinya dan hanya menggeleng perlahan.

Perempuan itu kemudiannya terdiam. Kai juga diam, dia perlukan penjelasan! Entah apa-apa. Tadi gelak lepastu menangis lepastu mintak kuah ramen lepastu dah pedas lepastu mintak air pula lepastu orang tak kasi dia pergi rembat pula! Ini dah melebih.

"Hei, siapa aw—"

"Maaf. Tolong abaikan, lupakan apa yang saya buat dekat awak tadi. Anggap saya tak pernah jumpa awak atau makan atau minum segala benda awak." Kai terkedu. Ada pulak spesis macam ni?

"Tak. Saya nak tanya. Siapa awak?"

"Aish. Saya dah kata sorry kan!" Katanya dengan nada tak puas hati. Kai berdecit, dalam hatinya mengutuk habis-habisan perempuan di depannya itu.

"Okay, sekarang saya tak kisah. Saya nak tanya, apa nama awak?"

"Kenapa awak nak tahu? Tak penting." Dengus perempuan itu. Kai mengeluh. Kemudian ada idea yang terlintas di kepalanya. Dia kemudian tersengih.

"Just tell me what is your name dan saya akan bagitahu awak something."

"Apa benda?" Tanya perempuan itu dengan nada yang berminat. Kai sembunyi gelak. "Bagitahu nama dulu."

"Ish, yelah. Nama saya.. Choi Amanda. Puas hati awak?" Kai mengangguk. Choi Amanda rupanya.. Kai kemudian mendekatkan bibirnya dengan telinga.

"Well Amanda, air yang awak minum tadi. Ada bekas saya, jadi, there..our first direct kiss."

*****

Aku tahu aku mengarut weh ahaggahagagaghaha.

playedWhere stories live. Discover now