57. Kelibat

484 52 33
                                    

Amanda mengangguk dan tersenyum selepas sesi 'berkenalan' tu tamat. "So.. Umur berapa?"

"27." Bukan Amanda yang jawab, tapi Jin yang jawab.

Taehyung menjeling Jin, "Suami mana?"

"Tido."

"Yah, hyung!"

"Apa."

"Sibuklah hyung ni.." Taehyung meng'pout'. Jin membuat muka seperti do-i-care?

Amanda hanya tersengih. Taehyung ni peramah, baik, comel.. Sama macam suami dia, Kai. Senyuman gembira tadi bertukar kepada senyuman tawar.

"Siapa suami awak?" Tanya Taehyung lagi. Jin hanya mendengus. Dah bagi amaran jangan tanya pasal suami Amanda lagi, lagi nak tanya. Taeik ayam betul.

"Kim Jong In." Jawab Amanda. Taehyung menjongketkan keningnya. "Yang... CEO Kim Corperation tu ke? And dia ada lagi beberapa buah syarikat kan?" Amanda mengangguk. Mungkin Taehyung rakan sekerja Kai, sebab tu dia tahu.

"Wait... Korang.. Gaduh?" Amanda mengangguk lagi. Jin membuat isyarat mata kepada Amanda, tanda dia kena layan pelanggan.

"Kenapa? Awak tahu apa apa? Dia tak balik rumah lagi... Since yesterday...." Amanda menunduk. Berkerut-kerut dahi Taehyung, cuba mengingat kembali lelaki bernama 'Jongin' itu.

"Hah! Pagi tadi, saya nampak dia. When i'm on my way to a cafe, sebab nak jumpa client, saya nampak dia...." Taehyung mengusap-usap dagunya. Dia tak ingat! Amanda hanya menanti. Kenapa... Kai.. Dengan perempuan lain ke?

Jangan.. Cakap... Ya..

"Ah! Dah ingat! Dia dengan seorang lelaki tua. Eh eh.. Tak, saya ingat! Lelaki tua tu, pengarah syarikat Choi." Lelaki itu mengangguk-anggukkan kepalanya. Tanda dia sudah ingat dan ceritanya itu seratus peratus benar! Tiada tokok tambah, atau reka cerita.

Amanda membingung. Kejap.. Pengarah syarikat.. Choi? Syarikat dia? Maknanya.. Kai jumpa appa?!

"Dia.. Dia jumpa appa saya!"

"Hah?! Bapak mertua dia ke?!"

"Ya, ya.."

Nombor appa Amanda dicari, jumpa! Dia menekan punat 'call'. Setelah 2 kali deringan, panggilan dijawab. "Appa?"

"Ne, Amanda. Kenapa call?"

"Amanda rasa appa dah tahu.."

"Hehehehe.. Pasal Kai? Kamu berdua gaduh ye?"

"Hm.."

"Macam ni lah. Malam nanti, balik rumah appa dengan omma. Makan malam dekat sana, arrachi? Appa cerita."

Amanda mengeluh, "Arasseo.. Appa."

"Ne..." Panggilan dimatikan. Taehyung memandang Amanda, kosong. Bukan pandang dengan wajah and perasaan yang kosong, cuma.. Dia nampak mata Amanda seperti kosong.

"Gwenchana?" Tanya Taehyung. Amanda tersenyum nipis kemudian mengangguk. Baginya, walaupun dia baru sahaja mengenali Taehyung, tetapi Taehyung sangat baik dan seperti rapat dengannya. Macam ada something yang lost. Antara mereka berdua. Macam... Mereka pernah mengenali satu sama lain, dulu.

"Er.. Taehyung.. I got to go. See you soon!" Amanda mengambil hand bagnya lalu berjalan meninggalkan Taehyung. Dia memasuki keretanya. Air matanya terhembur, air mata yang dia tahan tadi.

Mengapa? Sebab..

Masa Amanda lepas jawab call appa dia, dia dapat satu message dari..

Kai.

From: Mr. Husband ❤✨

Baru saya tinggalkan awak, dah dapat kaut jantan lain? 😏

Amanda menangis lagi. Dia melepaskan segalanya, apa yang dia pendam. Dia tak salahkan Kai, memang ya.. Salah dia. Dia tak sepatutnya.. Jumpa lelaki lain. Kan?

Ayat Kai, sangat sinis, berapi, pedas, dan yang penting, menyakitkan. Sakit tu macam kena tusuk banyak kali, Kai.. Dia tak pernah percayakan orang.

"Amanda tak salah kan oppa.. Amanda tahu, ini salah Amanda. Hik, Amanda.. Minta maaf.." Teresak-esak Amanda menangis, kepala dihentak keatas stereng kereta. Menyembunyikan mukanya.

Manakala di sudut lain, lelaki itu memandang perempuan yang berada di dalam kereta Mini Cooper tersebut. Hatinya yang tadi panas membara kini tersentuh, melihat wanita yang dia sayangi menangis... Kerananya. Itu sangat menyakitkan.

"Oppa.. Minta maaf... Isteriku.."

×

"Omma! Appa! I'm home." Jerit Amanda dari luar.

"Yeobo! Tu anak kita tu. Terkejut saya tahu.." Kata Mrs. Choi yang berada di dapur, sedang menyiapkan makanan. Hampir nak tercampak senduk.

Mr. Choi tersengih. Aduhai.. Anakku.. Dah besar pun perangai macam budak budak!

"Ye, ye. Appa datang.." Pintu utama rumah dibuka. Terpencul (?) Wajah anak kesayangannya yang kini sudah membuncit! (Perut bawa anak)

"Appaaaaaa.." Amanda memeluk appanya, lelaki pertama yang bertakhta dihatinya, lelaki kedua... Tak payah bagitahu pun, dah tahu kan?

"Dah, dah. Lemas appa kamu tu, sini, peluk omma pulak."

"Ala, omma ni. Tu pun nak jealous." Seloroh Amanda lalu memeluk ommanya. Mereka menghabiskan sesi berpeluk-pelukan dan makan. Selepas makan, orang tua Amanda meminta Amanda untuk bermalam di rumah mereka. Amanda mengangguk tanpa berfikir, ya lah.. Kat sana pun, Kai tak ada..

"Amanda come here, sit." Pinta appa Amanda. Amanda menurut. Dia duduk di hadapan appanya.

"Pasal Kai..."

"Dia jumpa appa tadi.. Dia kata, dia bergaduh dengan Amanda. Dia kata, Amanda jumpa lelaki lain tanpa bagitahu dia. Memang Amanda ada cakap dekat dia nak jumpa kawan, tapi Amanda pergi jumpa Jackson tu kan? Appa tengok.. Jackson tu makin handsome kan sekarang. Dah jadi k-idol pulak tu. Hoyaeah..?" Amanda tergelak kecil.

"Amanda bukan taknak bagitahu. Tapi appa tahu kan? Kai takkan kasi kalau Amanda bagitahu dia. Ni pun.. Tadi, Amanda pergi kedai coffee yang doktor selalu check Amanda tu. Dia ada kedai kopi. Lepastu.." Amanda menunduk. Appanya bangun dan duduk di sebelahnya. Appanya mengusap-ussp belakang badan Amanda.

"Appa tahu, Amanda kuat. Kan?"

"I wish.." Appanya meminta diri. Ingin ke bilik kerja, ada banyak kerja katanya. Amanda pula berlalu ke biliknya.

Kemas, tersusun. Tapi... Bau ni..

Macam pernah bau..

"Perasaan aku je kot.." Gumam Amanda perlahan. Dia membaringkan badannya ke atas katil bersize kingnya. Jam di dinding dikerling.

Pukul 10 malam..

Amanda memejamkan matanya perlahan. Belum sempat dia nak masuk ke alam mimpi,

Click!

Bunyi pintu dibuka. Amanda pantas membuka matanya. Kelibat dihadapannya sangat mengejutkannya.

Kejutan apa lagi ni...

Air matanya menitis lagi, buat kesekian kalinya..

"Kai..."

Short update untuk malam ni, mianhae kimchi sekalian (readers), mochi tak dapat nak update selalu huhu :(

playedWhere stories live. Discover now