*****"Pernah dengar tak, 'you might feel worthless to one person but you're priceless to one another, don't ever forget your value'?" Taehyung menongkat dagu memandang Amanda dengan bibirnya yang tersenyun lebar. Matanya sepet apabila dia tersenyum sebegitu.
"Hmmm..tak?"
"Told you. Setelah apa yang awak cerita ni....saya dah boleh faham apa yang berlaku antara Kai dengan awak. Let me guess, korang berdua sayang antara satu sama lain?" Amanda terkaku.
"Tak." Tipu.
"Awak sayangkan dia, kan? Walaupun korang bergaduh macam ni but still, dengan keadaan Kai yang bila-bila masa boleh 'pergi' awak rasa macam useless, tak guna."
"Tak. Saya tak kisah pasal dia dah." Tipu, lagi.
"Sebab awak tak boleh bantu dia melainkan marah dekat dia, lepaskan kesedihan awak dekat dia. Awak tahu yang dia baik hati, sebab tu dia dermakan dekat perempuan tu."
"Tak. Dia jahat, dia tak pernah jadi baik. Dan, kalau ya pun...apa hubungan dia dengan perempuan tu? He should explain to me first!" Terselit penipuan dalam kemarahan Amanda. Taehyung hanya tersenyum.
"Awak ada benarkan dia bagi penjelasan?"
"Ad...tak." Amanda menunduk. Hatinya bagai tersiat-siat, tambahan pula si Taehyung ni asyik tanya pasal Kai! Mahu ada banjir pulak dekat sini nanti. Haru jawabnya nanti.
"Hmm..semua yang awak cakap, bagitahu saya tadi. It was all your tricks. Your lies, your egos. Bila saya tanya tadi, awak cakap 'tak'. Awak asyik cakap benda tu walaupun dalam hati awak lain. Awak ikut kata otak awak, bukan kata hati awak. I can see the vibrations in your eyes, awak takut. Awak takut Kai akan tinggalkan awak but still, you let your ego control your heart, mind and your'self'." Taehyung berhenti seketika. Tekak terasa haus, air ditepi disisip sedikit.
"I'm a guy. Saya tahu apa pendirian lelaki. Lelaki akan mencintai wanita yang berjaya mencuri hati diorang and will never let them go. Saya tahu Kai macam mana, he's a polite and intelligent guy. Saya tak percaya dia dermakan kidney dia kepada stranger mahupun perempuan yang tak rapat dengan dia because guys dont trust people easily, well itu pun kalau lelaki macam dia, dan saya." Taehyung tertawa kecil.
Amanda terdiam seketika. Perjumpaan dia dan Taehyung yang secara kebetulan apabila Amanda berjalan, itu pun ditegah keras oleh ommanya walaupun sudah sebulan dia memberanakkan Ameline dan...sejak Kai meninggalkannya dan juga zuriatnya.
Perit, perit yang memang tak akan dapat dilukakan. Luka, luka yang terlalu dalam dan tidak boleh sembuh. Patah, hati yang patah tidak dapat disambung semula tanpa cinta. Cinta, cinta yang tidak dapat dikejar. Sejak sebulan lepas, di hospital. Itulah kali terakhir pertemuan Amanda dan Kai. Dan Ameline.
Omma dan appa Kai marah tetapi mereka tahu, mereka tahu yang Kai mempunyai sebab tentang semua ini dan mereka faham akan sikap anaknya yang sentiasa patuh pada ibu dan bapanya. Keadaan kelam kabut apabila berita Kai menghadapi penyakit buah pinggang tersebar di seluruh negeri di dalam Korea.
Contohnya,
'Chief Executive Officer of K Corperation has been confirmed having a ******.''At 21, Kim Jongin resigned his carrier as a singer and became the CEO of K Corperation to take over his father's place. Does he hiding his illness all these years without telling everyones including his wife?'
Dan macam-macam lagi. Kebanyakannya adalah benda yang baik-baik sahaja yang dilontarkan, yalah. Siapa berani nak buat onar dengan K atau Kim Corperation? Silap silap nanti balik rumah kepala je tinggal.
"Dah tu, awak nak saya buat apa? Dia tinggalkan saya. Saya, penat. Saya penat tahu tak? Bila gaduh mesti pergi tinggalkan saya atau saya yang tinggalkan dia? Kenapa? Why me? At this uncountable humans on the world why does God choose me?"
"Jangan cakap macam tu. Awak kena faham takdir, takdir yang menentukan maut, atau apa-apa. Sekarang saya mintak awak tolong bersabar and jaga anak awak baik-baik okay? You never walk alone, Amanda." Senyuman petak dilemparkan kepada Amanda. Amanda hanya membalas dengan senyuman tawar.
"Terima kasih, terima kasih Taehyung."
×××××
"Aku suruh kau ambik skalpel, bukan benda ni! Boleh tak kau faham apa yang aku suruh kau buat sekarang ni? Kalau benda macam ni pun kau tak boleh nak faham, jangan jadi pelatih kat sini lah!" Jiyoung merenung tajam pelatih di hadapannya itu.
"M..maaf kapten. T..tapi, itulah skalpel.." Jawabnya perlahan. Jiyoung membulatkan matanya, ia menambahkan aura 'membunuh' yang kuat dan hampir menyebabkan pelatih itu terkucil di situ!
"Kau, baik kau pergi sekarang! Kalau tak ada jugak aku cucuk biji mata dengan benda alah ni. Baik kau masuk kelas perlatan balik, kau cari apa skalpel dan apa gunting. Jangan nak arahkan aku, jangan nak memperbetulkan aku. Kau tu je yang bodoh sangat, kau tu cuma orang bawahan aku!"
"M..maaf kapten." Serentak dengan itu, pelatih tadi berlari-lari anak menuju ke pintu bilik bedah dan berjalan keluar. Hampir tekeluar jantungnya.
Jiyoung merengus kasar. "Bodoh, dasar manusia tak cerdik! Kalau tak tahu mana skalpel dengan gunting, macam mana kau boleh masuk tempat ni ha?! Dasar bodoh!"
Jiyoung mengambil 'skalpel' dan mula membedah organ-organ palsu di hadapannya. Dia tersenyum kesenangan, dan kejap-kejap dia kembali muram sambil meneruskan pembedahannya. Walau terpotong urat organ itu sekali pun, dia tetap memikir bahawa pembedahan itu ialah pembedahan yang sempurna.
×××××
"Aku boleh tahan lagi. Kau jangan risau sangat lah Yung, nanti aku tahula nak sembuh macam mana. Lagipun pembedahan aku lagi dua hari kan? Tak payah risau sangatlah. Aku bukannya nak pergi buat perfomance serata dunia macam karier aku yang dulu." Kai tergelak kecil. Terasa rindu pula ingin membuat persembahan di depan Exo-Ls nya.
"Itulah kau. Pegi resign tu kenapa? Boleh je kau nak hiatus sekejap untuk sementara. Lagipun macam lah adik kau yang Jena tu tak boleh nak handle." Yung mencebik bibirnya.
Kai tertawa. "Dah aku terpaksa masa tu, lagipun sekarang Exo tengah rest kan? Aku tengok diorang okay je. Lagipun, aku boleh jugak jumpa diorang selalu datang dorm diorang ke."
"Memanglah. Tapi feel dia lain. Tak ada feel la datang 'bekas dorm' sendiri as a Chief and bukannya penyanyi atau ahli dalam tu." Yung tersenyum sinis. Sengaja dia mahu menyakitkan hati temannya itu.
"Dahla. Aku tak kisah pun, lagipun aku bahagia..hm..yes..aku bahagia sekarang denga hidup aku. Tak ada peminat pun tak apa."
Yung memutarkan bebola matanya. Entah rasa meluat pulak. Yung hanya mengeluh kecil dan menepuk perlahan bahu temannya itu. Yung, teman atau kawan baru Kai yang prihatin dan baik. Walaupun baru kenal, itu tidak menghalang Yung untuk selalu menolong teman barunya itu.
Yung inilah yang selalu menemankan Kai membuat medical check up, appoinment dengan doktor dan sebagainya. Kai mengenali Yung pun apabila uncle Jason mengenalkan Yung sebagai anak saudaranya dan mahu tinggal bersama dengannya dan Kai.
"Kau tak rindu isteri kau?"
"I'm a good liar la kalau aku cakap aku tak rindu dia, Yung. Rindu sepenuh mati. Kalau dia ada kat depan aku sekarang ni, aku nak peluk dia sampai bila-bila. Aku..hm. Salah aku ke Yung? Salah aku ke kalau aku tolong cousin aku yang sanggup dermakan kornea mata dia kat aku dulu masa aku kecik, masa aku buta? Salah ke aku untuk balas balik pengorbanan dia?"
Yung tersenyum pendek. Dia melabuhkan punggung di sebelah Kai dan memeluk bahu temannya itu. "Kau tak salah Kai. Amanda pun tak salah. Dalam masalah korang, tak ada siapa yang kau boleh put the blame on sebab korang dua memang tak bersalah. So please, aku taknak dengar kau cakap 'salah aku ke' dah lagi okay? Baik kau prepare. Kau ada appoinment dengan doktor lagi."
Kai mengangguk. "Doktor mana?"
"Doktor Jiyoung..kut."
*****
YOU ARE READING
played
FanfictionKata cinta kau ungkapkan, Menusuk ke dalam jiwa, Kepercayaan yang makin pudar, Perpisahan yang makin hampir, Dapatkah bahagia dikecapi? -------------- Penerangan/Pengakuan: Cerita yang sebenarnya banyak cliffhanger, twisted plot dan sebagainya. H...