Saya akan buat cerita ni sampai part 50. maybe? or 49.
--
Amanda terbangun dari tidur. Dia merasakan matanya bengkak.
Apa yang jadi semalam?
Otaknya ligat memutar kejadian semalam. Dan dapat!
Amanda mengeluh. Sungguh dia mahu merasa kasih sayang seorang abang kepada seorang adik. Itu sahaja yang dia mahu..
Amanda mencapai malas kain tualanya lalu berjalan longlai ke bilik airnya.
Amanda hanya memakai t-shirt kuning berbelang oren dan seluar pendek parasa lutut memandangkan dia duduk berseorangan di rumah miliknya itu.
Amanda turun ke dapur. Dia menongjat dagu di atas meja makan.
Hmmm, nak makan apa ye?
" Ramen... aish, tak baik untuk kesihatan makan ramen pagi-pagi.. " bebel Amanda.
" Hm... hah! Sushi ada lagi, ha boleh makan sushi. " kata Amanda lalu berlari-lari anak ke peti sejuk.
Dia mengambil Sushi yang berada di dalam bekas polistren.
Lalu mengambil chopstick besinya di tempat letak sudu dan garfu. Kerana, bila Sushi dibungkus, makcik tu selalu lupa letak chopstick.
Amanda berjalan ke sofa dan menarik meja dihadapannya dekat dengannya. Diambilnya remote tv ditepi lalu dipicitnya button ' power on ' .
Dia menekan-nekan dan menukar-nukar siaran berulang kali. Semua cerita bosan. Amanda mengeluh.
Tiba-tiba, ada mentol lampu menyala dekat atas kepala Amanda. Eceh, tipu je.
Amanda bergegas menaiki tangga untuk naik ke bilik. Dia kemudian turun ke bawah dengan tangannya memegang laptop miliknya.
Amanda menaip ' Youtube ' lalu membuka drama " Moorim Highschool ".
Amanda menyuap satu persatu sushinya sambil menonton K-Drama tersebut.
Sungguh asyik, sehinggakan dia terlupa tentang kejadian yang berlaku semalam...
✖✖✖
" Kau rasa? Kau nak cari diorang kat mana? " tanya kawan kepada lelaki itu dengan tangannya ligat membelek-belek kertas dihadapan.
" Aku tak tahu. Aku bingung! " kata lelaki itu pula.
" Maklumat yang kita dapat ni tak dapat membantu.. " kata kawan kepada lelaki itu.
" Aku tahu. Tapi aku nak sangat cari diorang, Ravi. " kata lelaki itu kepada kawannya, Ravi.
" Apa kata kau cuba cari apa-apa barang yang mak kau tinggalkan dekat kau dulu? takkan takde? mesti ada kan. Tapi.. "
" Aku hilang. Bukan ditinggalkan Ravi. " Ravi menggosok lehernya tanda malu.
" Nak cari ibu bapa kau susah kalau semua maklumat ni tak berguna. " kata Ravi kepadanya.
" Hmm... " dia mengeluh.
" Kita cuba lagi nanti okay, Siwon? " Ravi menepuk-nepuk belakang badan Siwon untuk memberi semangat.
" Thanks. "
✖✖✖
Amanda menguap perlahan. Boleh pula dia tertidur apabila menonton K-Drama tersebut.
Amanda menilik jam di dindingnya. Pukul 3:00?! Lamanya tidur.
Amanda bangun dan menaiki tangga lalu masuk ke dalam bilik untuk membersihkan diri.
YOU ARE READING
played
FanfictionKata cinta kau ungkapkan, Menusuk ke dalam jiwa, Kepercayaan yang makin pudar, Perpisahan yang makin hampir, Dapatkah bahagia dikecapi? -------------- Penerangan/Pengakuan: Cerita yang sebenarnya banyak cliffhanger, twisted plot dan sebagainya. H...