I do this part untuk buat sweet moment Jimin dengan Amanda. Sebab ada reader ni komen yang dia ship Jimin and Amanda. Heeeee, so this part credit to you dear NurNisa4.
Enjoy ;)
--
"Nak tengok cerita apa eh?" tanya Amanda.
"Em, starwars nak?" tanya Jimin. Amanda hanya mengangguk. Walaupun dia tidak suka akan cerita itu, demi idol yang dicintai dan disayangi— ok author melampau kejap. —sanggup ku buat apa sahaja demi Jimin. Sanggup ku redah laut dan sungai. Sanggup ku terbang ke langit walaupun tak boleh terbang.
Okay. Author merepek repek.
"Amanda tunggu kejap, oppa nak beli tiket ngan popcorn." Amanda hanya mengangguk dan menghantar Jimin melalui hujung anak matanya. Lebih kurang lama la jugak Jimin pergi beli. Ramai orang la kut sebab harinikan hari minggu.
"Dah?" tanya Amanda apabila Jimin sudah tercegat berdiri di hadapan Amanda sambil ditangannya memegang dua tiket, dua popcorn dan satu air pepsi.
"K-kenapa satu je air?" tanya Amanda dengan pelik. Yelah, takkan aku nak kongsi dengan Jimin? Eh tapi boleh jugak. Eh eh menggatal pulak kau eh Amanda."Err, t-tadi oppa dah beli dua lepastu satu air tu jatuh...." Jimin mengusap perlahan lehernya sambil tersengih tepi.
"Ohhh so, Amanda kena kongsi la ni?" Jimin pantas mengangguk. Amboi, cepat betul oppa angguk.
"Meh Amanda pegangkan popcorn tu." Jimin memberi Amanda satu bekas popcorn, manakala yang lain tu Jimin pegang. Jimin menarik tangan Amanda menuju ke kaunter (?) masuk panggung . Jimin menghulurkan dua tiket kepada security yang menjaga di situ. Mereka berjalan menuju ke dalam panggung wayang. Mereka mengambil couple seat yang berada di hujung panggung. Tempat itu agak tersembunyi sedikit. Entahlah, Jimin oppa yang pilih. Bukan aku.
Cerita starwars mula ditayangkan....
Baru sahaja main cerita starwars itu, Amanda sudah pun menguap kecil. Jimin yang berada di tepi Amanda perasan akan perbuatan Amanda itu.
"Tidurlah dulu, nanti dah habis oppa kejutkan." Jimin tersenyum melihat Amanda yang berkali-kali menguap. Amanda menganggukkan kepala dan memulakan misi masuk ke alam mimpi.
*Jimin's POV*
Aku melihat Amanda yang sedang tidur nyenyak. Cantiknya dia.. Entah bila tangan aku mengusap pipi dia perlahan-lahan. Aku tengok kepala dia tu asyik tersengguk-sengguk je. Kesian pulak aku. Aku meletakkan kepala Amanda ke atas bahu aku. Kesian ke amik kesempatan? Hahahaha. Dua dua.
Aku memandang wajah Amanda. Macam mana lah aku boleh jatuh cinta dengan peminat aku sendiri? Hahahahaa. Aku mendekatkan wajah ku dengannya. Aku mengucup lembut dahi Amanda yang putih licin bersih itu.
"Sweet dream" bisik ku ke telinga dia. Entah dia dengar ke tak .
Tapi, yang aku pasti. Aku sayang Amanda.
+++++
"Amanda, bangun Amanda." Aku menggerakkan perlahan badannya. Dia mula mencelikkan mata. Senang betul nak kejut dia .
"Dah habis eh?" kata Amanda sambil menggosok matanya. Comel! Aku mengangguk. Aku dan dia bangun dan beredar dari panggung itu.
"Jom makan?" ajak ku sambil tersenyum ke arah Amanda.
"Okay. Nak makan apa?" Aku berfikir sejenak.
"Kfc?" Amanda mengangguk sambil tersenyum. Aku membalas senyumannya. Aku harap kau selalu tersenyum macam ni Amanda.
"Tadaaaa!" kata ku sambil meletakkan dua dulang kfc di atas meja. Kami memilih meja yang paling sudut supaya senang aku nak makan nanti. Susah kau tahu tak jadi idol? Haih.
Mata Amanda bersinar-sinar. Dia suka ayam ke? Hahahahhaa.
Kami makan sambil berbual. Aku selalu bertanya pasal latar belakang dia. Dia selalu tanya aku pasal Bts la, apa la. Hahahahaa, tak nak tanya ke yang aku ni dah ada yeojachingu ke belum? Hihi.
*Amanda's POV*
Sedang asyik aku dan Jimin oppa berbual. Aku ternampak tepi bibirnya ada sos. Aku mengambil tisu di tepi dan mengelap sos yang berada di tepi bibirnya. Jimin oppa kelihatan terkejut. Aku pun terkejut dengan perbuatan aku.
Perlahan-lahan aku mengalihkan tangan aku dari situ."Thanks." kata Jimin oppa sambil tersenyum senget. Can you stop make me melt Jimin oppa?
"Welcome." aku membalas senyuman Jimin oppa. Gembiranya aku!
"Nak pergi mana kejap lagi?" tanya Jimin oppa.
"Kedai kasut?"
"Okay. Kajja!" Kami berjalan berpegangan tangan menuju ke kedai kasut.
Telefon Jimin oppa berbunyi.
"Kejap eh" Aku mengangguk. Adui siapa pulak yang kacau date aku dengan Jimin oppa ni . Eh? Date? Ahahahhaa.
Jimin oppa kembali ke sini dengan muka yang cemas.
"Er mian Amanda. Oppa kena balik dorm. Ada masalah dekat dorm." Muka Jimin oppa kelihatan terlalu cemas.
"Okay takpe" Aku memberinya senyuman paling manis.
"Thanks for today." Jimin oppa mengucup pipi ku dan berlalu pergi. Aku memegang pipi ku. Aku tahu muka aku tengah merah gila. Tanpa aku sedari, bibirku mengukir senyuman.
--
Mianhae, Author tak rasa pun part ni sweet. Haha.
Not gonna update about 2-3 days. :(
YOU ARE READING
played
FanfictionKata cinta kau ungkapkan, Menusuk ke dalam jiwa, Kepercayaan yang makin pudar, Perpisahan yang makin hampir, Dapatkah bahagia dikecapi? -------------- Penerangan/Pengakuan: Cerita yang sebenarnya banyak cliffhanger, twisted plot dan sebagainya. H...